Wednesday, January 6, 2010

Mencari Allah di Sebalik Dunia Kecil

Berkenalan dengan "Autoclave Machine"
"Kita take turn ya!" saya mengangkat suara di dalam keriuhan pelajar-pelajar yang bersesak-sesak di dalam makmal yang kecil saiznya. Hari itu hari pertama mereka bersama saya. Kecoh juga dibuatnya. Mereka semua pelajar tahun satu dan semester ini saya bertanggungjawab menyelia subjek "Basic Food Microbiology". Untuk hari pertama di makmal, mereka cuma diingatkan semula tentang "aseptic technique", menyediakan sendiri "microbiological media" yang akan digunakan pada kelas-kelas akan datang serta berkenalan dengan alat-alat baru yang mungkin mereka belum pernah gunakan sebelum ini.


"Ok, hari ni akak akan explain in brief about autoclave machine" saya memulakan bicara. Mereka membetulkan kedudukan masing-masing. Mencari ruang keselesaan.

"Do you know about this machine?"

"For ster,sterele, sterilization..." seorang pelajar menjawab dengan nada kelegaan kerana terbelit-belit lidahnya mahu menyebut perkataan sterilization itu disambut dengan gelak tawa rakan-rakan yang lain.


"What do you mean by sterilization?" saya menduga lagi.


Mereka mendiamkan diri, memandang ke lantai, ada yang memandang kawan sebelah, ada yang menulis-nulis pada kertas. Saya tersenyum simpul kerana mengingatkan dulu-dulu saya juga begitu apabila ditanya oleh pensyarah.


"Mesti ada yang tahu ni..takkan la semua tak tahu.." saya cuba mencucuk jarum.


"To kill the bacteria!" ada seseorang yang melontar suara di sebelah kanan saya.


"That's good, but we can also kill other microorganisms..the viruses, fungi and even spores"





Saya menyambung penerangan tentang punat-punat pada badan mesin itu. Menjelaskan serba ringkas mengenai suhunya, tekanannya, dan prinsip di sebalik proses yang berlaku di dalamnya. Mereka tekun mendengarnya, entah faham atau tidak kerana tiada soalan yang diajukan.


"Is there any question?" saya melempar soalan setelah selesai menerangkan.


Ada yang menjawab tiada, ada yang menggeleng kepala.


"Akak lah yang tanya kalau macam tu" saya berkata dengan nada merajuk sambil menjeling manja pada mereka semua.


Mereka tersenyum dan ada yang ketawa kecil.

Celik Ilmu, Celik Mata Hati
"There are many types of microorganisms. We have psycrophiles, halophiles, thermophiles and many more. What do those terms mean?"


"Psychrophiles tu yang boleh hidup kat suhu rendah, halophiles kat salty environment, thermophiles kat suhu tinggi" beberapa orang menjawab serentak.Tenggelam timbul suara mereka. Kelihatan ada di antara mereka yang mula tidak senang duduk kerana ruang bilik yang kecil serta baunya yang kurang menyenangkan dan agak menyengat. Bau media dan waste yang di"autoclave" memang bukan bau yang yang menjadi pilihan.


"So, what can you tell about this?"


"They can live in a wide range of conditions" kali ini yang di sebelah kiri pula menjawab.


"That's true! ok, let's go beyond that. Think about the uniqueness of their creations..." saya merendahkan suara. Mencipta suasana bagi membenarkan mereka semua berfikir lebih jauh. Semuanya diam membatu, memandang muka saya, menunggu jawapan yang akan diluahkan.


Saya menghela nafas. Entah kenapa tiba-tiba ada rasa sebak yang bertandang " Kita belajar banyak benda. We have psycrophiles that can live in low temperature, halophiles that can tolerate with high salt environment , thermophiles that can live in extremely high temperature. Dan ada banyak lagi sebenarnya..tapi, ada satu yang akak mahu kamu semua ingat betul-betul..." kali ini rasa sebak itu semakin memberat.. "The most wonderful and beautiful thing of knowledge is when it brings you closer to Allah, closer to our Creator. Apa yang paling indah dan paling cantik tentang ilmu ialah apabila ia dapat mendekatkan diri kita pada Allah" saya mengulangnya di dalam bahasa Melayu. "ingat ya..apa-apa pun yang kita belajar biarlah membuatkan diri kita semakin dekat pada Allah" saya menamatkan penerangan sesi pertama dengan kata-kata itu. Kami semua merasa begitu kerdil 'berkenalan' dengan makhluk Allah di sebalik dunia yang kecil...mikroorganisma... hidup di dunia kecil lagi kerdil. Memberi rahmat kepada manusia dalam pelbagai cara pastinya dengan izin Allah...Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


Mereka semua diam dan mengangguk. "Terima kasih kak yana!" "Sama-sama.." saya membalas dengan senyuman.


Kumpulan kedua pula mengambil giliran. Kali ini semuanya lelaki. Hanya mereka berempat sahaja pelajar lelaki di dalam kelas seramai 38 orang itu. Saya mengulang kembali penerangan yang sama. Pelajar lelaki lebih banyak bertanya nampaknya :)


Usai penerangan saya cuba menguji mereka.


"Setakat ni kamu semua belajar ok?"


"ok kak, alhamdulillah" yang seorang menjawab sambil mengangguk-angguk penuh yakin.


"bolehla kak..." seorang lagi menjawab tersenyum kelat.


"Dalam hidup kita setiap hari, kita mesti merancang masa dengan baik. Akak nak tanya, apa cara yang paling baik untuk merancang masa kita setiap hari?" saya cuba menekankan perkataan 'paling' itu ketika bertanya.


Keempat-empat mereka diam seribu bahasa..


"Solat di awal waktu kak.." salah seorang daripada mereka tiba-tiba bersuara.


"Betul!" saya sedikit teruja dengan jawapan itu. Kalau tidak silap, inilah kali pertama soalan saya dijawab dengan jawapan yang saya inginkan. Alhamdulillah..lega mendengarnya.


"Betul kata kawan kamu tu. Kamu semua kena ingat, apa sahaja yang kita lakukan,letakkanlah solat pada tempat pertama dalam jadual harian kita. InsyaAllah, hal-hal lain akan tersusun dengan baik.." saya menyampaikan pesan sambil mengingatkan diri sendiri.


"Lelaki kan nak jadi pemimpin, masyarakat kita rosak sebab tiada lelaki yang boleh jadi pemimpin yang baik la.." sengaja saya menimbulkan provokasi.


"eh mana ada kak.." mereka cuba memprotes apa yang saya ucapkan. saya cuma tersenyum.


"betul la, nanti kan kita nak tanggung anak orang" tergelak kami semua mendengar jawapan salah seorang daripada mereka.


"ha, tahu pun...ingat ya apa yang akak pesan..."


"Terima kasih kak!" "Sama-sama". Penat yang dirasa melayang hilang melihat respon yang mereka berikan.


Selesai sudah tugas saya untuk amali hari itu selama hampir 4 jam. Semoga ada sedikit nilai yang dapat disuntik ke dalam hati mereka. Kalau tidak banyak, biarlah sedikit. Yang dapat mereka bawa bersama di sepanjang perjalanan kehidupan mereka. Bukan sekadar di dalam makmal yang sebentar cuma. Dan semoga kesedaran mereka tentang hebatnya ciptaan Allah bertambah luas dan mencapah walaupun mereka semua belajar dan bersesak-sesak di dalam ruang yang kecil. Itulah harapan dan impian saya sebelum meninggalkan mereka. Seperti lamanya kata-kata Bro. Norazman yang saya kendong di dalam hati sejak dari pusat matrikulasi dahulu sehingga ke hari ini..


"Beriman itu perlu dilakukan dalam keadaan sedar, supaya apabila kita melakukan kesalahan kita akan cepat-cepat memohon keampunan daripada Allah. dan apabila kita melakukan kebaikan, kita akan sentiasa berusaha untuk istiqamah dengannya.."


"Kita gi kije dulu tokki! Assalamualaikum..." saya mengulang rutin harian sebelum ke tempat kerja.


"Waalaikumussalam, selamat jalan!" jawab tokki dengan wajah comelnya. Kata 'selamat jalan' tokki saya itulah yang mengundang tawa saya hampir setiap pagi. :)


Saya ke tempat kerja lagi seperti biasa, berusaha untuk terus menyemai nilai dan budi sementara masa masih ada di dalam diri setiap pelajar-pelajar supaya mereka bukan sekadar celik ilmu, tetapi celik juga mata hati! Dan saya sebenarnya yang perlu terlebih dahulu celik mata hati..

Selamat berhujung minggu! :)

Wallahua'lam

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~


2 comments:

  1. haha. comel aje kak Yana!

    keep up your skill as good daei ^_^

    Setiap orang ada mcm2 cara nak buat dakwah kan? Hanya perlu pilih nak buat atau tak nak aje.

    Rindu betul dgn akak T_T

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang takut jugak cah..takut kalau akak ada perasaan lebih pandai daripada diorang. nauzubillah..susah sebenarnya 'bermain' dengan manusia. 'communication skill' akak teruk lagi..huhu.

    btw,akak memang comel...=P

    ana musytaqqah ilaiki aidhan~

    ReplyDelete