Monday, December 21, 2009

Berhijrah Sebelum Berhijrah


Belakangan ini, saya sering berkejar-kejar dengan masa. Tiada kesempatan untuk bertegur sapa dengan jiran tetangga, tiada ruang untuk bertandang ke rumah sanak saudara.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar


Langit di atas kelabu warnanya,
Laut di hadapan terbentang luas, tidak tercapai di mana hujungnya
Angin pula bertiup manja, mengelus lembut pipi di waktu senja

Tahun ini, saya menyambut maal hijrah di tepian pantai. Bukan kerana bersuka ria, tetapi atas tuntutan kerja. Saya merenung diri sendiri yang semakin berusia. Sudah sejauh manakah saya berhijrah, ke arah manakah hijrah saya?

Sambil merenung jauh langit dan laut, ayat-ayat ini menjalar di dalam hati, meruntun jiwa, meninggalkan rasa takut dan gerun akan diri sendiri yang entah di ‘mana’.

Allah yang Maha Mulia sifatnya berfirman:
“Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan dijadikan meluap, dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya”
[al-Infitar:1-5}

Allah yang Maha Mengetahui berfirman lagi:
“Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang ketika itu seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapanya sedikit pun. Sungguh, janji Allah pasti benar, maka janganlah kamu sekali-kali terpedaya oleh kehidupan dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah”
{Surah Luqman:33}

Allahuakbar …

Sebenarnya, dalam banyak keadaan kita yang menyibukkan diri kita sendiri. Justeru, untuk melakukan penghijrahan, kita perlu terlebih dahulu mengenali diri sendiri, meneliti dan menyoroti kehidupan sehari-hari.

Sudahkah solat di awal waktu? Atau solatnya sudahlah di akhir waktu, tergesa-gesa pula sifatnya?
Sudahkah tertunai tanggung jawab kita sebagai seorang suami, seorang isteri dan seorang anak?
Bagi anak-anak yang sudah bekerja, sudah berkeluarga, sudahkah kita bertanyakan khabar ibu bapa kita? Makankah mereka pada hari ini? Sihatkah mereka? Sunyikah mereka hidup sendiri? Sementara mereka masih ada, bertanyalah khabar berita…

Bagi ibu bapa pula, sudahkah kita mendidik anak-anak dengan sebaiknya? Adakah setiap hari hidup kita dan anak-anak hanya dipenuhi bebelan dan arahan? Kadang-kadang tanpa kita sedari, kita hanya tinggal serumah, tetapi bukan hidup seperti satu keluarga. Masing-masing membawa diri. Hidup hanyalah melalui kitaran-kitaran biasa, bangun, makan dan tidur..kemudian kitaran itu diulang lagi, lagi dan lagi tanpa ada sebarang pembaikan . Kita lupa untuk menyuntik sesuatu ke dalam hati anak-anak kita setiap hari. Kita lupa mengingatkan mereka tentang kehidupan akhirat, kita lalai dalam mengingatkan mereka akan kebesaran, kekuasaan dan kecintaan kepada Allah. Walau sedikit dan kecil nasihat yang diberi, namun jangan pernah dilupakan walau sehari.. Membina keluarga memerlukan visi dan matlamat yang jelas. Bukankah kita ingin bersama sehingga ke syurga nanti?

Artikel yang dituils oleh Ustaz Zaharuddin yang saya sertakan linknya dibawah ini sangat bermanfaat isinya bagi sesiapa yang mahu melakukan pembaikan.Dan saya setuju sekali dengan kata-katanya bahawa mendidik anak memerlukan perancangan bukan suatu tindakan spontan. Malahan, merancang kejadian anak perlu dilakukan terlebih awal daripada merancang suatu pernikahan. Bacalah dan hayatilah dengan mata hati kerana yang buta itu bukan mata tetapi hati yang ada di dalam dada. http://www.zaharuddin.net/content/view/897/72/

“Maka apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua). Pada hari itu manusia lari dari saudaranya. Dan dari ibu dan bapanya. Dan dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya” {‘Abasa:33-37}

“Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya. {At-Tur:21}


Alangkah indahnya janji Allah yang satu ini. Siapa yang tidak ingin bersama-sama orang yang mereka sayangi, kasihi dan cintai ketika di dunia?


Ibrah daripada hijrah rasulullah saw dan para sahabat lebih seribu tahun yang lalu begitu luas untuk kita jelmakan di dalam kehidupan kita. Walau keadaan kita pada hari ini dan zaman Rasulullah saw jauh berbeza,bukan itu yang menjadi pertikaian. Apa yang perlu diserapkan di dalam kehidupan kita ialah semangat jitu Rasulullah dan para sahabat, kecintaan dan keyakinan mereka kepada Allah yang tiada tolok bandingnya. Mereka hidup dengan acuan Allah, mereka sanggup mengorbankan seluruh jiwa dan raga kepada Islam tercinta. Itulah yang akan sentiasa relevan dan bertepatan dengan pelayaran hidup kita malah sehingga akhir zaman!

Buat diriku, ayahandaku, bondaku dan adinda-adindaku..Inginku titipkan bisikan cinta pada kita semua. Walau kini kita telah punya perniagaan kecil-kecilan, jangan dilalaikan solat di awal waktu, jangan diringankan menutup aurat dengan sempurna, jangan dilupa jujur dalam timbangan, jangan diabaikan berbuat kebajikan, jangan dirisaukan untung rugi perniagaan selagi kita menjaga hak-hak Allah dengan sempurna. Yakinlah dengan Allah..yang Maha Memberi Rezeki dari sesuatu yang tidak disangka-sangka asalkan kita bertawakkal dengan sepenuh hati setelah berusaha dengan kudrat yang ada. Kita bukan punya dua rumah, tetapi tiga..dan yang ketiga itu biarlah letak duduknya di syurga. Rumah itulah yang paling wajar kita hiasi dan yang paling harus kita suburi dengan kecintaan dan ketaatan kepada Ilahi.

Berhijrahlah meninggalkan keburukan
Berhijrahlah menuju kebaikan
Berhijrahlah selagi hayat dikandung badan
Berhijrahlah selagi kita masih menghuni dunia yang fana ini sebelum kita berhijrah ke alam akhirat yang kekal abadi
Berhijrah sebelum Berhijrah!


Aduhai..saya juga ingin berhijrah… :)
Salam Maal Hijrah :)

Tuesday, December 8, 2009

~Sebuah Hibah Pernikahan~

“Rumahtangga Islam, di dalamnya ada ketenangan, kerahmatan, kehormatan, cinta dan kasih sayang"









Saya sebenarnya malu sendiri apabila berbicara mengenai pernikahan. Pertamanya kerana saya sendiri belum berkahwin, keduanya saya amat tidak layak berbicara tentang ini kerana “kosong” daripada segi pengalaman, ketiganya saya takut apa yang dikatakan tidak saya kotakan. Namun, anggaplah tulisan ini sebagai cetusan rasa hati dengan tujuan yang sungguh-sungguh sebagai ingatan yang terutama untuk diri sendiri. Jika ada tercanggung bahasa, tersilap dan terkasar kata harap dimaafkan dengan sepenuh hati dan diberi teguran juga…


Antara Lelaki dan Wanita

Menjadi wanita, anak, isteri dan ibu yang solehah di dunia akhir zaman ini bukan suatu tugas enteng dan tidak harus dipandang sebelah mata. Ia merupakan suatu tugas yang susah bahkan payah…
Menuntut ilmu yang penuh di dada, sabar dan ikhlas yang memenuhi jiwa, juga kasih dan cinta semata-mata kerana mengharapkan redha Ilahi~
Tidak kurang juga halnya bagi seorang lelaki yang berperanan sebagai seorang suami, bapa, juga pemimpin. Hidup di dunia akhir zaman ini membentangkan pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditepis dan ditongkah dengan berbekal semangat jihad yang tinggi. Dan semuanya perlu dilakukan dengan matlamat yang suci dan abadi iaitu bertemu Allah dengan jiwa penuh tenang dan diredhai.

“Lyana, hari tu akak terserempak dengan kak Husna…Nak tahu apa yang dia bagitau akak? Seorang kakak senior saya tiba-tiba bersuara ketika kami sedang berehat-rehat pada suatu petang.
“Apa dia kak Maryam?” Saya bertanya penuh ingin tahu. Terbayang di minda wajah kak Husna yang lembut bersama dua orang cahaya mata lelakinya.
“Dia cakap macam ni…” Kak Maryam meneruskan bicara dengan sinar di matanya.
“Maryam, I wish to produce more.. You know Maryam…since I worked here,
I have seen parents, they are knowledgeable, with no Islamic background,
their children….corrupt.
I have seen parents, with Islamic background, they are too busy,
their children..corrupt. I wish to produce more Maryam, I wish to produce more good muslims..”

Saya menghela nafas panjang antara terkejut dengan kenyataan yang dikhabarkan oleh Kak Husna juga kagum dengan peribadi dan azamnya untuk melahirkan muslim yang indah budi pekerti.
(Maryam dan Husna bukanlah nama sebenar)


Anak Soleh, Permata Penyejuk Mata

Memiliki anak yang soleh sudah semestinya impian paling tinggi setiap ibu dan bapa. Benih yang disemai dengan kasih sayang diharap mampu bercambah menjadi pohon yang subur dan rendang. Berbakti dengan hasil buahnya, menjadi tempat berteduh dengan rendang daunnya. Anak-anak lah yang akan ‘membantu’ kita setelah kita kembali ke rahmatullah kelak dan mereka jugalah yang bisa membaja hati kita dengan sinar tenang dan bahagia selama kita di dunia.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang medoakan kepadanya” {Hadis Riwayat Muslim}

Hadis di atas cukup untuk menggambarkan peri pentingnya anak yang soleh untuk kita ibu bapa tinggalkan sebagai harta yang paling berharga bahkan tidak ternilai di dunia ini.

Namun, realiti yang dipaparkan hari ini begitu merisaukan, menyedihkan dan menyempitkan jiwa. Anak-anak lelaki seperti hilang susuk kepimpinan dalam dirinya, anak-anak perempuan pula seperti lenyap sifat malu yang sepatutnya membaluti dan menghiasi diri mereka. Dan sejujurnya, apabila kita melihat anak-anak lelaki yang tega untuk merempit walau azan maghrib sedang berkumandang atau anak-anak perempuan yang berpakaian menjolok mata ketika sedang melintas jalan, hati kecil kita akan terdetik…

“siapa agaknya ibu bapa mereka..”
“anak siapa agaknya mereka ini?”

Begitu juga sebaliknya apabila kita bertemu dengan pemuda dan pemudi yang elok budi pekertinya, soalan yang sama pasti terdetik juga.


Ibu Bapa Pembimbing Keluarga
Wahai ibu, dirimu adalah anugerah....

Telah berkata seorang penyair:


"sang ibu itu samalah dengan sekolah, jika anda pandai menyesuaikannya
samalah seperti anda membangunkan suatu umat yang baik keturunannya"



Ibu merupakan madrasah pertama anak-anak. Kasih sayang ibu mengalir dan berbunga mekar di dalam jiwa anak-anak semenjak berupa janin ketika masih di dalam kandungan ibu. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang telah menghadiahkan sifat khususiah seorang wanita yang begitu indah untuk mendidik anak-anak dengan penuh kelembutan serta kasih sayang yang murni dan suci tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Gejolak perasaan seorang ibu juga melebihi gejolak perasaan seorang bapa kepada anaknya.

Seorang ibu lebih dekat dengan anak-anak dan segala kata-kata si ibu begitu senang membekas dan meninggalkan corak di hati anak-anak. Sentuhlah hati anak-anak dengan kasih sayang, cinta dan kelembutan. Jika kita berjaya menawan hati mereka, maka kitalah ibu yang akan menjadi kepercayaan mereka yang utama. Jangan biarkan orang lain yang terlebih dahulu menawan hati anak-anak kita.








Sifat khususiah seorang bapa pula lebih kepada sifat qawwamnya. Seperti firman Allah melalui kalamNya yang mulia di dalam surah an-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

"Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya"

Namun yang demikian, untuk menjadi seorang bapa yang dihormati jua suami yang disegani sifat qawwam itu bukanlah diterjemahkan dengan kekasaran dan keganasan tetapi ketegasan yang diwarnai kelembutan.


Allah swt memerintahkan manusia untuk sentiasa berbudi bahasa seperti firmanNya di dalam surah Ali-Imran ayat 159

“ Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah ruah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabatmu). Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau….”

Sampaikanlah kehangatan kasih sayang melalui lembutnya pekerti dan tuturkata. Nescaya, hati anak-anak akan sentiasa dekat di hati kita. Teladanilah pekerti Rasulullah yang tercinta, sinar bahagia pasti kan kunjung tiba.


Ibu Bapa, Guru Kepada Dunia dan Seisinya

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.aw. bersabda “ Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinanya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinanya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi, setiap orang dari kamu semua adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinanya” {Muttafaq ‘alaih}


Dalam seharian kita bersama anak-anak, telah selesaikah tanggungjawab kita? Apakah telah kita sampaikan apa yang kita perlu sampaikan kepada mereka? Mari sama-sama kita renungkan dan halusi secara ringkas antara tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kepada permata hati kita.



Mengenalkan Allah yang Esa


Sedari kecil, anak-anak perlu dipimpin untuk mengenal Allah. Mengenalkan Allah kepada anak-anak melalui nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang agung serta memikirkan dan memerhatikan kejadian langit dan bumi yang terbentang luas untuk difahami akan hikmahnya. Apabila ada angin lembut yang datang menyapa, ingatkan bahawa Allah yang berkuasa menghantarnya, apabila bumi basah disirami hujan, ingatkan bahawa Allah yang Maha Pemberi Rezeki, apabila anak-anak melakukan kesalahan ingatkan bahawa Allah Maha Pengampun dan Penyayang daripada segala yang penyayang. Setelah hati anak-anak tertanam dan melimpah dengan kecintaan dan keyakinan kepadaNya mereka akan sentiasa merindui Allah, mudah melakukan ketaatan (bersolat di awal waktu secara berjemaah, berpuasa dengan penuh rasa ketaqwaan), mensyukuri nikmat Allah pada setiap ketika dan seterusnya terdorong untuk berjihad dan berkorban di jalan Allah. Keyakinan kepada Allah melahirkan tawakkal dan menghadirkan keredhaan yang tinggi baik dalam kesenangan mahupun kesusahan. Allah telah berjanji..


"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya" (At-Talaq:3)


Pahatkan di dalam hati dan jiwa anak-anak bahawa Allah sentiasa bersama mereka, dekat dengan mereka dalam terang mahupun tersembunyi. Rasakan kewujudan dan kebersamaan Allah dalam setiap kelipan mata, setiap helaan nafas, juga setiap titis darah yang mengalir di dalam tubuh.

Sudahkah kita mengenalkan Allah kepada anak-anak? Adakah anak-anak kita telah meletakkan Allah pada tempat pertama di dalam hati mereka?



Meneladani Rasulullah dan Para Sahabat

Teladan yang dibawa oleh Rasulullah begitu mempesona dan penuh kedamaian, membuatkan hati jatuh cinta pada Baginda saw walau tidak pernah bertemu, walau tidak pernah bersua muka. Peribadi dan akhlak yang menghiasi diri Rasulullah saw adalah satu kurniaan Allah untuk kita sebagai umatnya contohi. Peribadi dan akhlak Rasulullah ini dapat kita kenalkan kepada anak-anak melalui hadis-hadis Baginda saw yang merangkumi aspek kehidupan yang luas.


"Sesungguhnya sudah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak meneyebut Allah {al-Ahzab:21}


Begitu juga halnya dengan susuk para sahabat yang telah dipilih Allah untuk mendampingi Rasulullah saw. Abu Bakar yang sentiasa membenarkan, Umar al-Khattab yang tegas dan berani, Uthman 'Affan yang lemah lembut, Khalid al-Walid, Bilal bin Rabah, 'Ali Karamallahuwajhah, dan ramai lagi.Hasil didikan Rasulullah kepada para sahabat membentuk jatidiri yang kukuh lagi kuat di dalam diri mereka, dan jatidiri ini jugalah yang patut kita terapkan kepada permata hati kita.


"Dan kami tidak mengutus kamu (Muhammad) melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" {as-Saba': 28}


Sudahkah kita benar-benar "menghadirkan" Rasulullah di dalam rumahtangga kita? Sejauh manakah anak-anak kita mengenali Rasulullah dan para sahabat? Atau anak-anak kita lebih mengenali para penghibur pada hari ini?


Mengajarkan dan Memahami al-Quran

Anak-anak perlulah dididik untuk sentiasa membasahi lidah mereka dengan al-Quran agar hati mereka terikat dan karib dengan al-Quran. Hati anak-anak yang tersemat dengan al-Quran lebih lembut dan lebih mudah tersentuh. Justeru, peribadi soleh lebih mudah dibentuk di dalam diri mereka. 'Abdullah Nasih 'Ulwan ada menukilkan di dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam; bahawa anak-anak itu harus dimulakan pengajaran al-Quran dari awal agar lidah mereka fasih membacanya, jiwa mereka terharu dengannya, hati mereka khusyuk kepadanya, airmata mereka berlinangan ketika membacanya dan dalam diri mereka tertanam sifat keimanan dan keyakinan.


"Daripada 'Ali bin Abu Thalib karamallahuwajhah, bahawasanya Nabi saw pernah bersabda 'Ajarkanlah anak-anak kamu tiga perkara: Mencintai Nabi kamu dan mencintai keluarganya serta membaca al-Quran. Sebab para pembaca al-Quran berad di sisi Arasy Allah bersama-sama para anbiya'Nya dan ashfiya'Nya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah sahaja' {Riwayat at-Thabrani}

Bagaimanakah anak-anak kita menghabiskan masanya hari ini? Apakah dengan membaca dan memahami al-Quran atau mendengar muzik-muzik yang melalaikan dan menonton rancangan-rancangan yang tiada faedah?

Memelihara Aurat dengan Sempurna dan Menjaga Batas Pergaulan

Aurat yang dijaga rapi sangat perlu dititik berat oleh ibu bapa. Bukan sahaja ketika di luar rumah, penjagaan aurat di kalangan ahli keluarga juga perlu dihalusi. Aurat itulah lambang maruah dan harga diri. Anak-anak perempuan masa kini terlalu ramai yang tergadai aurat mereka,seolah-olah tiada langsung perasaan malu di dalam diri mereka.

"Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan. Jika yang satu diangkat, nescaya terangkat pula yang satu lagi" {Hadis Riwayat Malik}

Berkenaan aurat ini, Allah swt berfirman: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" {al-Ahzab:59}

Allah yang Maha Pengasih berfirman lagi yang bermaksud:

".....Dan katakan kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka melabuhkan kain penutup kepala (tudung) sehingga bahagian dada mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya...." {an-Nur:31}

Aurat anak-anak bukan sahaja perlu diingatkan daripada segi pakaian mereka, bahkan juga suara dan lenggang-lenggok jalan mereka.

Sudahkah kita memberitahu dan bertegas dengan anak-anak akan batas aurat mereka? Pernahkah kita mengingatkan anak-anak perempuan kita dan isteri kita bahawa aurat itu seluruh tubuh kecuali muka dan tangan mereka?

Pergaulan bebas yang berleluasa kini juga sangat menyedihkan. Yang di kampung dengan cara mereka, yang di bandar lain pula caranya. Anak remaja terutamanya sangat perlu dipantau akan siapa teman rapat mereka. Pada saat ini, jiwa remaja dipenuhi dengan gelora nafsu dan rasa inginkan kebebasan. Sebagai ibu bapa adalah sangat wajar kita memerhatikan teman-teman mereka. Biarlah teman-teman mereka selalu mendekatkan mereka kepada Allah dan menambahkan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasulullah saw. Pillihlah teman-teman yang dapat menegur dan menasihati bila anak-anak terlupa dan melakukan kesalahan. Sesungguhnya, teman-teman yang paling baik ialah teman-teman yang sentiasa memikirkan bagaimana mahu membawa sahabat-sahabatnya ke syurga.

Daripada Abu Musa Al-Asy'ari bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: "Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat adalah umpama orang yang menjual minyak wangi dan tukang besi peniup api. Penjual minyak wangi samad dia memberi kau sedikit ataupun kau membelikan daripadanya ataupun kau mencium daripadanya bau yang wangi. Sedangkan tukang besi peniup api, samada dia akan membakar pakaianmu, ataupun kau mencium bau yang busuk daripadanya" {Riwayat Bukhari dan Muslim}

Sabda Nabi saw lagi: "Seseorang itu akan dipandang dengan orang yang berjalan dengannya, maka seseorang kamu hendaklah memerhatikan siapa yang menjadi kawannya" {Riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud}

Sudahkah kita memerhatikan dengan siapa anak-anak kita berteman dan kemana halatuju mereka? Atau kita cuma membiarkan dan memandang sebelah mata?

Apa yang diutarakan di atas cuma bingkisan kecil lagi ringkas tentang tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Yang pasti, ia merupakan suatu usaha yang berterusan dan perlu dilakukan tanpa jemu diiringi doa pada setiap detik dan penuh pengharapan. Jangan sekali-kali berputus asa dan jangan sekali-kali mengatakan yang anak-anak kita tiada harapan untuk berubah menjadi lebih baik.

Nabi kita yang tercinta pernah bersabda: "Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" {Riwayat Ahmad, sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout} - hadis ini dipetik daripada buku Untukmu Wanita karangan Ust. Zaharuddin.

Allah yang Maha Berkuasa juga berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..." {at-Tahrim:6}

Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu fikirkan pada setiap masa dan ketika ialah bagaimana kita mahu membawa diri sendiri dan ahli keluarga menjadi ahli syurga Allah. Oleh itu, untuk menjadi ibu bapa yang hebat jua berhemat kita perlu bekerja keras bukan duduk berpangku tangan, juga perlu membuang rasa ego jauh-jauh dan dalam-dalam. Sifat yang menyempurnakan 'ibaadurrahman, hamba Allah yang ingin berbuat baik ialah apabila kita selalu mendoakan untuk dikurniakan anak-anak yang soleh dengan penuh pengharapan dan pergantungan kepada Allah disertai kemahuan di dalam tindakan.

".....Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan zuriat kami sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa" {al-Furqan:64}

Andai kita seorang anak, andai kita seorang suami mahupun bapa, andai kita seorang isteri mahupun ibu, jadilah kita semua sebuah hibah iaitu hadiah kepada suatu pernikahan yang dilimpahi mawaddah dan rahmah, menghasilkan rumahtangga yang barakah, seterusnya sejahteralah ummah.

Ya Allah, ampunilah dosaku Ya Allah kerana kadang-kadang aku menasihati adik-adikku dalam keadaan marah. Ampuni dosaku Ya Allah, ampuni dosaku Ya Allah.Penuhkanlah hatiku dengan ingatan kepadaMu.

Wallahu'alam

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~







Wednesday, December 2, 2009

Berjuta Wajah Menuju Satu Arah

Selesai sudah musim haji pada tahun ini.. Apa yang pasti kepulangan setiap jemaah haji sudah tentu membawa seribu satu cerita. Indah dan nikmatnya menjadi duyuufurrahman. Didoakan semuanya dianugerahkan Allah haji yang mabrur dan terus membawa pulang semangat perubahan dan pembaikan di dalam diri sebagai pedoman sekalian manusia di sini. Dan bagi kita yang masih belum dijemput Allah menjadi tetamu haji-Nya, sama-samalah kita menanamkan azam dan tekad yang tinggi untuk ke sana, mencari ilmu yang secukupnya, berikhtiar dan berusaha agar cukup bekalannya serta menanamkan sifat kehambaan yang paling dalam kepada Allah swt.

Zulhijjah tahun ini membawa seribu satu makna dalam kehidupan saya. Selama hidup di dunia ini sebagai hamba Allah yang jahil, baru tahun ini rasanya saya mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai aidiladha dan pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar. Masih banyak ilmu yang perlu dikutip dan dicari dengan rasa rendah diri.

Kepada para jemaah haji yang bakal pulang ke tanahair, semoga kita semua benar-benar menjadi hamba Allah seperti yang kita syi'arkan di dalam talbiyyah ketika di tanah suci. Sesungguhnya, kebahagiaan yang hakiki di dunia adalah bilamana kita dapat melakukan ketaatan kepada Allah yang kita cintai dengan sepenuh hati. (sekadar memetik kata-kata Ust. Zahazan di dalam rancangan Halaqah yang dapat diingati)

Wallahu'alam



Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Monday, November 16, 2009

Suburkanlah Rasa Kehambaanmu Wahai Tetamu Pilihan Allah~


ihsan gambar bunga shana, subhanallah =)


Esok sudah 1 Zulhijjah!

Memetik sedikit ayat daripada laman Ustaz Zaharuddin di zaharuddin.net


"Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan"


Disebutkan oleh Nabi SAW:

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar, Albani :Sohih)



Allah SWT pula berfirman:

"Demi fajar dan hari-hari yang sepuluh" (Al-Fajr:1)


Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim)

*boleh membaca selanjutnya di zaharuddin.net =)




Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang mengerjakan haji semata-mata kerana Allah, tidak berkata keji dan tidak melakukan perbuatan jahat, orang itu (bersih dosanya) kembali seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya (tidak berdosa) {Hadis Riwayat Bukhari}

Wah, seronoknya siapa yang terpilih menjadi tetamu pilihan Allah untuk menunaikan haji..Malam semalam saya berpeluang menonton rancangan Khabar Haji episod 9 di ASTRO Oasis..tertarik sungguh saya dengan temubual di antara Hj. Nazri Kahar dan Prof. Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor mengenai falsafah haji.

Haji adalah sebagai pelengkap kepada semua rukun islam dan rukun iman atau dalam erti kata lain ibadah haji adalah sebagai garam yang memberi rasa kepada ibadah lain. Sebagai contoh, solat yang selama ini kita tunaikan dengan menghadap kiblat apabila kita datang menunaikan haji, kita dapat melihat sendiri Ka'abah yang menjadi kiblat kita selama ini. Begitu juga dengan ibadah puasa yang banyak kaitannya dengan ibadah haji.

Tanah suci pula adalah satu tempat yang padanya menyatakan gambaran-gambaran seperti apa yang dibaca di dalam Al-quran. Tanah suci adalah bumi para anbiya' dan para syuhada' yang mana perjuangan suci mereka, sifat kehambaan dan kecintaan mereka kepada Allah dirakam di dalam Al-Quran sebagai peringatan kepada seluruh umat manusia sehingga akhir zaman.

Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah kemuncak dalam ibadah haji dan boleh digambarkan sebagai perhimpunan yang paling besar bagi setiap manusia seumur hidupnya. Kerana itulah perhimpunan di padang Arafah dapat disamakan seperti perhimpunan di padang mahsyar ketika di hari akhirat kelak...

Dari 'Aisyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari di mana Allah Ta'ala paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka selain dari Hari Arafah (9 Zulhijjah) {Hadis Riwayat Muslim}

Wukuf di Arafah adalah satu ketika yang paling mustajab untuk berdoa, menyatakan segala hajat dengan penuh kesungguhan, mengakui segala kesalahan yang paling kecil dan tersembunyi juga segala kelemahan diri sendiri, dan ketika ini juga adalah antara waktu pengkabulan semua hajat manusia...mohonlah keampunan kepada Allah, mohonlah apa sahaja... insyaAllah akan dimakbulkan dengan segala sifat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNya. Rasakanlah kehambaan itu...

Melontar di Jamrah
Ibadah melontar pula adalah sebagai menzahirkan peperangan yang kita isytiharkan dengan syaitan selama ini. Peperangan yang kita isytiharkan selama ini dengan jiwa dan rohani akhirnya kita zahirkan dengan melontar syaitan laknatullah dengan tangan sendiri.

Sebagai kesimpulannya, menunaikan ibadah haji perlu dirangkumi ilmu yang lengkap dan kesedaran yang tinggi. Apa yang paling mustahak adalah keazaman untuk menyempurnakan ibadah haji dengan penuh rasa kehambaan.

Namun, apa yang lebih penting ialah merasakan dekat dengan Allah, merasakan kecintaan kepada Allah, mengakui kelemahan, kekurangan diri dan segala dosa dan kesalahan janganlah hanya di Tanah Suci. Bertaubatlah sepanjang masa kerana kematian itu datang secara tiba-tiba...

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hadid ayat 4 yang bermaksud:
........................................dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Apa yang paling menarik ketika temubual yang saya tonton ini ialah jawapan yang diberikan oleh Prof. Abdul Hayei bin Abdul Sukor ketika ditanyakan kenapa para jemaah haji ini sentiasa disebut sebagai tetamu pilihan Allah....

Beliau menjawab lebih kurang begini " Sesiapa sahaja yang melakukan ibadah kepada Allah, adalah tetamu pilihan Allah..ketika solat juga kita adalah tetamu pilihan Allah, jika kita tidak solat, maka kita juga bukanlah tetamu pilihan Allah"

Jadi, siapakah tetamu pilihan Allah itu? tetamu pilihan Allah itu adalah kita...manusia yang diciptakan sebagai hambaNya...
"Tidak Kami jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" (ad-Dzariyat 51:56)


.......KITALAH TETAMU PILIHAN ALLAH DI DUNIA YANG SEMENTARA INI......


Suburkanlah rasa kehambaan itu~


Wallahu'alam..


p/s: ingatan yang sungguh-sungguh untuk diri sendiri




Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~








Thursday, November 12, 2009

Merindu pada yang jauh, Mencinta pada yang dekat~

Dahulu, semasa saya mula-mula menamatkan pengajian di UIA, orang-orang di sekeliling sering bertanyakan...
“dulu, belajar di mana?”
“di UIA” saya menjawab...
“UIA mana? Kuantan ke Gombak?”
“3 tahun di Gombak, setahun di Kuantan”
Kadang-kadang menjawab pertanyaan itu sahaja membuatkan hati saya sebak...


Gombak dan Kuantan


Di sepanjang perjalanan kehidupan saya di kedua kampus itu,
Bukan sedikit tangis yang saya tumpahkan
Bukan sedikit keringat yang mengalir
Bukan sedikit gelak tawa yang saya hamburkan
Bukan sedikit senyuman yang saya lirikkan
Bukan sedikit ukhuwwah yang saya hulurkan
Bukan sedikit perasaan yang saya pendam
Bukan sedikit soalan dan masalah yang bermain dan berlegar di fikiran..
Ada yang terjawab, tetapi banyak juga yang dibiarkan larut ditelan masa...

Apa yang saya lalui di sepanjang pengajian di Taman Ilmu dan Budi teradun begitu indah...dijalin dan disulam dengan kenangan manis dan pahit. Ada diantara kenangan-kenagan itu mengajar saya erti hidup, malah mengajar saya erti sebenar hidup berTUHAN!


Diulit awan rindu Gombak

Saya jatuh dan bangun, jatuh lagi dan bangun lagi, jatuh dan bangun berkali-kali
Ada jatuh yang bersambut
Ada jatuh yang berpimpin
Ada jatuh yang saya perlu bertatih

Gombak, adalah lapangan saya berbuat salah dan silap dan teraba-raba di dalam gelap
Saya tidak tahu bagaimana mahu menguruskan perasaan yang timbul
Saya membuang tenaga, masa dan akal muda kepada perkara yang tidak perlu dan tidak aula
Saya masih tercari-cari erti persahabatan yang hakiki...

Berteduh di bawah pepohon cinta Kuantan

Di Kuantan, saya mula mencari tempat berteduh, mula mencari tempat buat melabuhkan sauh iman dan akhlak..hati ini penuh debu dan lumpur yang perlu dibasuh dan digilap agar hilang kabur dan karat...

Di Kuantan lah saya mula-mula mengenal erti sebenar tarbiyyah dan mujahadah. Ketika pertama kali saya berkenalan dengan usrah, terasa seperti ada suara yang berbisik dan memberitahu...

“Kamu hidup punya tujuan dan matlamat!”

Masih terasa hangatnya air mata yang mengalir ketika kali pertama saya berusrah malam itu..Hidup perlu dirancang sebagai bekal di alam kematian...
Dalam pada saya mengenal tarbiyyah ini juga, saya masih terjatuh...
Benarlah...kalau kamu mengaku beriman, kamu pasti akan diuji.

Saya yang di sini hari ini adalah hasil kenangan-kenangan pada waktu silam. Apabila saya menoleh ke belakang, terlalu luas hikmah yang Allah hamparkan di sebalik setiap kejadian. Syukur yang tidak terhingga Ya Allah, Engkau melorongkan aku ke jalan ini..tetapkanlah aku di atas jalan yang lurus sehingga ke akhir hayatku. Masih banyak yang perlu dibaiki, terlalu banyak yang perlu dipelajari dan dihayati..

Pagi itu, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja seperti biasa saya melintasi kanak-kanak yang dalam perjalanan ke sekolah. Semuanya comel dan manis belaka...terhibur hati melihat mereka.. walau muka comot bertompok bedak, walau memakai tudung senget sebelah, walau terbongkok-bongkok membawa beg yang berat...mereka tetap sedap dipandang~ jauh didalam...hati saya bersenandung...


“Wahai adik-adikku, perjalanan kalian masih jauh...carilah Allah dan letakkan pada tempat pertama dalam hati kalian, cintailah Rasulullah dan berakhlaklah sebagaimana mulianya akhlak baginda..ketahuilah adik-adikku, jalan ke neraka penuh syahwat dan keseronokan, jalan ke syurga penuh onak dan duri berbisa. Berhati-hatilah kalian dengan bekal iman dan taqwa...Dengarkanlah wahai adik-adikku, ini senandung kasih dariku untukmu...”

Jika ada hidayah Allah yang datang menyapa, sambutlah ia..Jangan lepaskan, nanti ia hilang..
Takut apabila ia hilang , hidayah itu tidak mungkin datang kembali..Sambutlah kasih sayang Allah itu!

Merindu pada Gombak, Mencinta pada Kuantan.....

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Sunday, November 8, 2009

Cinta Kasih Haramain (Bahagian Akhir)




alamak, lupa source gambar-gambar ni..maaf ya tuan punya


Akhir-akhir ini, setiap kali saya pulang dari kerja…saya akan terus menonton tv bersama ibu. Melihat program-program sempena musim haji di ASTRO OASIS jika ada…terubat kerinduan kami kepada tanah suci. Saya paling suka melihat visual yang disertakan bersama lagu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain..visual yang dirakam begitu menyentuh hati nurani…
Terimbas kembali kunjungan saya ke kota Madinah dalam rangka menunaikan Umrah pada bulan Jun yang lepas..Semasa kecil dahulu, ada satu lagu tentang bagaimana gembiranya penduduk kota itu dengan ketibaan Rasulullah di Madinah yang saya selalu dengari melalui kaset…tetapi, saya sudah lupa akan bait liriknya..liriknya lebih kurang begini~ ini sahaja yang mampu saya ingati~




Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah insan dari kekejaman
Terus berjuang membina sebuah empayar




Setibanya di Kota Madinah

Setelah melalui perjalanan selama hampir 5-7 jam kalau tidak silap saya, kami akhirnya tiba di Madinah al-Munawwarah yang penuh indah dan barakah. Badan terasa sedikit penat kerana cuaca yang panas membahang, namun..semuanya indah-indah belaka…

Kami tiba di Madinah ketika hampir waktu Asar..setelah meletakkan barang-barang di dalam bilik masing-masing di Hotel Al-Haram, kami menuju ke Masjid Nabawi yang berdiri megah dan indah..tempat disemadikan kekasih Allah , Rasulullah s.a.w dan dua sahabat yang baginda cintai iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab..sirah-sirah Rasulullah dan para sahabat menerpa tatkala kaki melangkah ke dalam masjid…begitu besar perjuanganmu Ya Rasulullah..


Raudhah, satu taman di antara taman-taman syurga




sumber: kamera kak wi =)




Raudhah itu dikhabarkan oleh Rasulullah saw sebagai salah satu daripada taman-taman syurga seperti yang baginda sebutkan di dalam satu hadis riwayat Bukhari yang bermaksud:



“Di antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku di atas kolam”

Hati ini tertanya-tanya, bagaimana agaknya rupa Raudhah yang disebutkan sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga itu? Apa agaknya yang dirasai ketika masuk ke sana?

Waktu untuk memasuki Raudhah berbeza antara jemaah lelaki dan perempuan..waktu bagi jemaah perempuan lebih singkat. Raudhah dapat dikenali melalui tiang dan permaidaninya yang berbeza berbanding kawasan masjid yang lain.. permaidani di Raudhah berwarna hijau berbanding merah di kawasan yang lain..

Kali pertama saya dan ibu memasuki Raudhah, kami menunggu giliran agak lama. Sebelum memasuki Raudhah, jemaah akan dikumpulkan mengikut negara masing-masing…Bagi jemaah dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang berbadan kecil akan dibenarkan masuk bersama-sama ke dalam Raudhah. Sebaik sahaja kami dibenarkan masuk, semua orang berpusu-pusu, malah ada yang berlari-lari anak menuju ke Raudhah…ketika itu masih ada jemaah dari Turki yang belum keluar menyebabkan keadaan sedikit sesak, bercampur pula dengan suara petugas wanita menyuruh mereka keluar…Alhamdulillah, akhirnya kami sempat menunaikan solat 2 rakaat secara bergilir-gilir kerana ruang yang sempit dan keadaan yang sesak~ kami tidak dibenarkan berlama-lamaan di dalam Raudhah..saya berdoa untuk mencuba lagi masuk ke Raudhah dalam keadaan yang lebih menenangkan..

Keesokan harinya kami mencuba lagi..setelah kami berada di kawasan menunggu…saya lihat pada suatu sudut di sebalik tiang terdapat kumpulan jemaah dari Tabung Haji. Saya mengajak ibu duduk menunggu bersama-sama mereka..tiada jemaah muda yang kelihatan dalam kumpulan itu, semuanya pertengahan umur dan telah berumur..Alhamdulillah, Allah menemukan kami dengan mereka.. Jemaah Tabung Haji ini dibimbing oleh seorang wanita muda yang bernama Safiyyah (bukan nama sebenar). Safiyyah menerangkan satu persatu tentang Raudhah dengan tenang dan lembut.. Menceritakan sedikit sebanyak tentang Rasulullah dan kehidupan baginda di Madinah secara yang paling ringkas. Mengajarkan beberapa doa yang difahami juga…Cukup sahaja untuk membuatkan hati tersentuh dan merasakan kehadiran Rasulullah di situ~ Kagum sungguh saya dengan Safiyyah sehingga saya menyimpan hasrat untuk menjadi sepertinya kalau-kalau ada peluang walau sekali dua…=)

Akhirnya giliran kami telah tiba..sebelum itu Safiyyah telah berpesan ketika di dalam Raudhah nanti, jangan solat dulu sebelum dia memberi isyarat untuk bersolat..ini kerana petugas-petugas wanita di situ selalu sahaja berkata “ini raudhah ya hajjah, solat, solat!”..tetapi sebenarnya kawasan itu belum lagi Raudhah..mungkin kerana keadaan yang sesak, petugas-petugas itu tidak perasan akannya….Alhamdulillah, syukur sekali lagi kami berpeluang bersama mereka~ Pagi itu kami memasuki Raudhah dalam keadaan yang lebih tenang…~ Dalam keadaan bersesak-sesak itu, Safiyyah telah memanjat tiang untuk memudahkan dia memberikan arahan kepada para jemaahnya..sekali lagi saya kagum dengannya..setelah dia memberi isyarat untuk bersolat, kami mencari sedikit ruang, cukup-cukup sahaja untuk rukuk dan sujud..Allah telah memudahkan, kerana tiba-tiba ada seorang jemaah yang menawarkan tempatnya kepada saya dan ibu~ malah, ibu saya sempat bersolat sebanyak empat rakaat..dan kami sempat berdo’a agak lama di dalam Raudhah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!


Hari Terakhir di Madinah

Selepas solat zohor hari itu, saya menapak langkah perlahan-lahan, menarik nafas dalam-dalam, memandang ke setiap sudut Masjid Nabawi yang mampu dicapai oleh pandangan mata ini….dengan harapan agar Masjid Nabawi terakam kemas dalam ingatan. Kadangkala, badan saya dan ibu tertolak oleh jemaah-jemaah di sekeliling yang cuba mencari ruang berpusu-pusu untuk keluar. Saya pegang ibu erat-erat, bimbang kalau-kalau terlepas …


“Jangan desak-desak, jangan desak-desak…sabar,sabar”

Terdengar suara seorang jemaah dari Indonesia meluahkan rasa di tengah-tengah kelompok manusia…


Hari itu, hari terakhir saya di Madinah…hati pilu tidak terkata, sama seperti pilunya hati ketika tawaf wada’ di Baitullah yang suci..bisakah saya kembali ke sini? Terlalu singkat masa saya di Madinah..Belum puas, belum habis saya kenangkan dan selusuri sirah Rasulullah dan para sahabat~ Betapa dalamnya cintamu Ya Rasulullah kepada kami umatmu ini…Betapa malunya saya mengingatkan hakikat itu…

Saya sangat ingin ke sana lagi..jika Allah izinkan, dengan keupayaan yang saya ada, cukuplah walau sekali ketika Ramadhan dan sekali ketika menunaikan Haji~


Ya Makkah al- Mukarramah, Ya Madinah al-Munawwarah
Kota suci kecintaan Rasulullah
Kenangkanlah kedatanganku ini
Jemputlah aku untuk datang kembali………………..

Selamat Tinggal wahai dua Tanah Suci, diizinkan Allah, aku pasti kembali lagi

Syukur pada-Mu Ya Allah atas ukhuwwah antara kami para jemaah ; kak linda yang tabah bersama ibunya, kak noni yang cute dan awet muda bersama ibunya, kak mas yang comel sekali bunyi ketawanya, mama lina, nana, ateh dan achik yang comel juga~ kak adilah yang baik hati, faiz bersama ibunya dan poe yang rajin membantu (sekadar menyebut beberapa nama) serta terima kasih kepada pengurusan Harmony Excellence Travel and Tours; Cikgu Nor Hashim dan Shahir Ibrahim, juga Ust. Razak dan Ust. Fakhrurrazi (kalau tidak silap namanya..huhu)

Sekian...........


Apa yang ditulis ini tidak cukup sebenarnya untuk menggambarkan segala perasaan dan suasana..berdoalah kepada Allah agar kita semua akan dijemput menjadi tetamuNya di tanah yang penuh barakah..ameen..


Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~






Tuesday, October 27, 2009

Buat Ayahanda, Bonda, dan Adik-Adik Tercinta~

Kalau-kalau kalian terbuka blog kak long ni, dengarlah lagu ni..Yang first tu untuk abah aje ya.. =) Lela, ika dan adik..hujung minggu ini kami akan bercuti lagi!!! Jangan jeles ya..=p
















Jagalah Allah, Allah menjagamu
Solatlah dengan penuh khusyuk
Berdoalah dengan penuh rendah diri
Peliharalah akhlak dan adab sebagaimana Rasulullah saw
Sedarlah diri sebagai seorang hamba Allah
Kita tidak punya apa-apa di dunia ini
Bercucuk tanamlah, semoga hasilnya dapat dituai di akhirat sana~
Ingatlah...suatu hari nanti, pada hari semua lidah menjadi kelu, kita pasti akan kembali menghadap Allah sendiri-sendiri..
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami..
Jadikanlah waktu yang paling baik ialah waktu ketika kami bertemu dengan-Mu di akhirat nanti~ Ameen...



Sunday, October 25, 2009

Cinta Kasih Haramain (Bahagian 3)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Sekarang musim haji sudah bermula. Hampir setiap hari saya mendengar lagu Haji Menuju Allah dendangan Raihan di radio~

Sudah lama meninggalkan kisah haramain...tapi kenangannya masih segar bugar dalam ingatan.




ihsan dari manzlie-makkah.blogspot


Pergi haji

Artinya menuju Allah yang esa

Membawa hati dan diri yang hina

Memberi hadiah kepada Allah

Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba

Pergi haji dengan segala yang baik

Hati yang baik akhlak yang baik

Harta yang halal hati yang bersih

Niat yang suci amal mulia

Di Jeddah

Semasa di Jeddah, azan subuh bergema sebaik sahaja kami selesai mengambil bagasi-bagasi. Para pegawai di airport sudah mula bising-bising kerana ada antara jemaah-jemaah yang lambat. dan kamilah yang paling lambat kerana abah, tokki dan pak cik ingin menukar kain ihram yang dibeli di Bangladesh dengan kain ihram yang dibawa dari Malaysia.lebih selesa kata mereka~



Alhamdulillah, proses pengurusan pasport di Jeddah tidaklah mengambil masa yang lama seperti di Bangladesh..Setelah semua jemaah selesai menunaikan solat Subuh, kami kemudiannya menaiki bas untuk menuju ke kota Makkah...

Di Kota Makkah

wah, alhamdulillah..syukur dengan sepenuh hati. perjalanan dipenuhi dengan talbiyyah sebelum kebanyakan jemaah terlelap kerana keletihan. Setelah sampai di kota Makkah, kami dibawa naik ke hotel penginapan yang betul-betul bertentangan dengan Masjid Ar-Rayyah (dikenali dengan nama Masjid Kucing di kalangan jemaah Malaysia).

ihsan dari hoedunt.wordpress


Setelah selesai meletakkan barang masing-masing, para jemaah dibawa untuk menunaikan umrah buat kali pertama~ semuanya dapat menyelesaikan umrah dengan baik kecuali tokki saya kerana kepenatan..tokki hanya selesai umrahnya pada waktu malam, alhamdulillah =) Hari ketiga di Makkah saya jatuh demam mungkin kerana perubahan cuaca. Malam sebelumnya badan sudah terasa lemah-lemah...


Ibu bertanya"kak long boleh pergi masjid tak ni?"


"boleh, boleh!" saya menjawab penuh semangat walaupun sebenarnya sangat tidak larat..


Setelah selesai solat Subuh esok pagi, badan saya memang tidak berdaya. Saya hanya baring-baring sementara menunggu ibu membaca quran..moga menjadi kafarah kepada dosa-dosa.jika sebelum ini saya memimpin ibu ke masjid kerana OA nya, pagi itu ibu pula yang memimpin saya. inilah kenyataan hidup di dunia, sekejap di bawah dan sekejap di atas..disebabkan demam itu, saya telah menerima 2 suntikan yang agak menyakitkan. Teringat ketika di klinik, ayah saya memberitahu doktor berbangsa Arab itu " the injections are painful.." "she will remember me! haha!" wah, gelak separa sakan doktor nampaknya..

Alhamdulillah saya dapat menunaikan umrah dengan baik tanpa masalah yang berat-berat.cuma sekali kaki ini cramp ketika bersa'ie seorang diri..semoga Allah menerima ibadah umrahku~ saya pernah terbaca satu artikel di dalam majalah yang sudah lama. tulisan siapa, saya sudah lupa.tetapi tajuknya begini "umrah: antara adat atau ibadah". membaca artikel ini dapat membuatkan kita berfikir tentang niat sebenar kita berumrah. membersihkan niat dan menjelaskan niat di dalam hati...dan apakah hasil yang kita inginkan sebenarnya daripada ibadah umrah yang kita jalankan..artikel yang sangat berguna insyaAllah~ mungkin suatu hari nanti saya boleh bincangkan di sini~

Antara kenangan paling indah ketika di masjidil haram ialah mengaji selepas waktu subuh di hadapan kaabah. cuacanya yang redup-redup dan suram, udaranya yang lembut menyapa, segalanya begitu mendamaikan..perasaannya sukar digambarkan~ berkenalan pula dengan fatma (8 tahun) yang begitu pandai mengambil hati. rancak fatma menceritakan tentang kelas bahasa inggerisnya di Yaman. sehabis mungkin fatma berusaha untuk bertutur dalam bahasa inggeris =) comel sungguh~ mengenali hamzah yang nakal dan ibunya yang penuh sabar (pening-pening ibunya mencari hamzah yang hilang, akhirnya saya menemuinya di belakang tiang sahaja =p), dan juga 'abdullah yang senang bergambar dengan sesiapa sahaja..=)

Tawaf juga mengundang damai dalam hati saya....tidak dapat diceritakan perasaan itu. rasa diri sangat kerdil..sehingga sekarang saya masih boleh merasakan dan membayangkan suasana ketika bertawaf tempoh hari..melihatkan orang yang ramai, membuatkan kita terfikir akan nasib di akhirat kelak~ tawaf wada' pula membuatkan hati kita teramat pilu, meninggalkan Baitullah yang dikasihi...

ketika di dalam bas sebelum bertolak ke Madinah, hujan turun di kota Makkah..hanya rintik-rintik dan beberapa minit sahaja..lebih menambah hiba di hati untuk meninggalkan kota Makkah..

saya sangat-sangat berharap untuk kembali ke dua tanah suci..terlalu banyak perkara yang ingin saya perbaiki dan perbetulkan. ingin ditambah lagi ilmu untuk menunaikan ibadah di tanah suci..terlalu banyak kekurangan rasanya.banyak lagi pengalaman-pengalaman dan kisah menarik dan memberi iktibar ketika di sana. namun, biarlah saya menyimpannya sendiri kecuali kalau ada orang terdekat yang bertanya~

bagi para sahabat yang berniat untuk pergi ke tanah suci, apa yang boleh dikongsi ialah carilah ilmu sebanyak mungkin. banyakkanlah membaca sirah agar hati lebih tersentuh ketika melakukan ibadah. pesanan yang berlebihan untuk diri sendiri~

Ya Allah,jemputlah hambaMu ini untuk menjadi tetamuMu di Haramain pada masa akan datang dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna~

Tiba di Madinah al-Munawwarah

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~



















Thursday, October 22, 2009

Jagalah Allah, Allah Menjagamu~


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Ertinya : Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah swt, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr : 18)



Nasyid ini sangat saya gemari ketika dalam darjah 4. Ketika itu pertandingan nasyid dijalankan dan kakak-kakak darjah 5 telah mendendangkan nasyid ini. Saya sangat suka akan irama dan liriknya~

Malam tadi semasa berbual dengan laila melalui telefon

"kak long, lela nak jadi budak baik"

Tadi semasa ber "YM" dengan ika dari Mesir

"ika nak jadi budak baik"

Wah, bagusnya adik-adik kak long! Kak long sentiasa mendoakan kamu semua insyaAllah =)

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Tuesday, October 13, 2009

Tokki-tokki ku~

Malam tadi semasa saya membawa makan malam untuk tokki (Hj. Besar bin Sulong namanya), dari jauh sudah terdengar alunan suara tokki membaca al-quran~ tokki tidak makan lauk yang banyak, tapi agak cerewet juga dalam memilih lauk..hehe (macam orang muda taste tokki)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

"assalamu'alaikum!"



"waalaikumussalam! bawok mende pulok tu.." (bawa apa pulak tu..)



"ikan bakor ngan sayur lemok" (ikan bakar dan sayur lemak)



"kekgi wak balik la pinggan hok ada tu..." (nanti, bawa balik pinggan yang ada tu...)



senyum " tokki dok gi tahlil ke malang ning?" (tokki tak pergi tahlil malam ni?")



"batuk dok'oh , kekgi nyusoh ke oghang je dengor" (batuk teruk sangat, nanti susahkan orang dengar batuk ni)



"dak pe ah tokki, gi sejid doh la.." (takpela, tokki pergi masjid je la...)



saya terus ke dapur, tokki menyambung bacaannya...setelah siap di dapur, saya duduk di hadapan tokki mendengar alunan bacaannya...khusyuk sungguh tokki mengaji, seperti saya tiada di depannya...=)



sambil itu, saya berfikir-fikir...syukur juga ada kak tin di rumah. boleh tengok-tengokkan tokki ketika yang lain ke tempat kerja~



tiba-tiba tokki berhenti mengaji, dan menunjukkan satu ayat kepada saya..lupa saya meneliti dari surah apa ayat itu~ huhu.



"ni maknanya, Allah laknat orang kafir~"



saya angguk penuh semangat~ teringat pula pada arwah tokki di sebelah ibu saya...Hj. 'Abdullah bin Tawang namanya.lebih dikenali dengan tokki tanjung di kalangan kami kerana asalnya dari Kg. Tanjung Kapur, berketurunan Bugis [agak garang juga orangnya..=)]



semangatnya

ketelitiannya

sistematiknya

cintanya pada ilmu begitu ketara sehingga akhir hayatnya~



antara perbualan lazim antara saya dan tokki setiap kali saya pulang bercuti dari UIA, setiap kali...hehe. setiap kali itu juga soalan yang sama yang arwah akan tanya pada saya...dan setiap kali itu juga, jawapan yang sama saya akan utarakan~



"nughu, dok pandai arab ke?" (nurul tak pandai arab ke?)



"pandai sikik-sikik je tokki" (pandai sikit-sikit aje tokki)



"kang dulu blajo skoloh arab, pahtu kang masuk UIA pulok, unibersiti islam antarabangsa" (bukan ke dulu belajar di sekolah arab, lepas tu masuk UIA pula) tokki suka menyebut nama penuh UIA..tergelak-gelak saya dibuatnya.



"kat UIA kita blajo bahsa inggereh" (di UIA kita belajar bahasa inggeris)



"pelik ngat, nama unibersiti islam tapi blajo bahsa inggereh" (pelik sangat, nama universiti islam tetapi belajar bahasa inggeris)



saya senyum-senyum lagi~



"doh sape nok baca kitab arab tokki tu, banyok ada. nughu dok pandai, amer afiq dok pandai, husna dok pandai (menyebut nama-nama sepupu saya yang belajar di sekolah agama)" (habis tu siapa yang nak baca kitab arab tokki tu, ada banyak. nurul tak pandai, amer afiq tak pandai, husna tak pandai)



"dakpe tokki, kekgi kita sughuh anok-anok kita blajo arab sapa pandai, hehe" saya menjawab sambil tersengih-sengih... (takpe tokki, nanti kita suruh anak-anak kita belajar arab sampai pandai)



arwah tokki tanjung memang cintakan ilmu, sangat sistematik hidupnya, sangat teliti...

memang banyak kitab berbahasa arab dalam simpanan arwah yang kini sebahagiannya menjadi simpanan di rumah saya. itu belum lagi termasuk buku-buku yang arwah tulis sendiri. segala ilmu-ilmu yang beliau kutip daripada segala bahan bacaan akan arwah bukukan mengikut kategori masing-masing. sedangkan petua-petua yang arwah temui di dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah juga arwah bukukan..



arwah mempunyai buku yang menyusun jadual harian. pukul berapa arwah akan menonton televisyen, rancangan apa yang akan ditonton, apa pengajaran yang dapat diambil dari rancangan itu...semuanya arwah rekodkan. jika arwah menonton rancangan-rancangan ilmiah seperti al-kuliyyah dan forum perdana ehwal islam, arwah akan mencatatkan siapa panelisnya, apa tajuk yang dibincangkan dan apa pengajaran yang boleh diambil...



bukan itu sahaja, arwah juga mempunyai satu buku catatan yang merekodkan surah-surah yang dibaca dalam sehari...satu muka surat dibahagikan kepada beberapa column..



waktu membaca, ayat berapa, dan pengajaran yang diambil daripada ayat...sistematik bukan? =)



arwah juga mempunyai diari peribadi yang sekarang berada dalam simpanan saya dengan tajuk "DIRY" pada kulit depannya...comel kan <(^-^)>~ diari yang ada dalam simpanan saya ini bertarikh dari tahun 2004 sehingga 2006. sehingga tahun arwah meninggal dunia pada 17 Ramadhan 1427 Hijriyah~ diari-diari yang lain mungkin di dalam simpanan sepupu-sepupu saya yang lain~ diari itu mencatatkan segala aktiviti hariannya..siapa yang datang berziarah, apa yang arwah makan, warna pil yang doktor berikan sebagai bekal ubatnya (kalau pil itu berwarna kuning dan merah, arwah akan catatkan begitu!). ketika arwah di hospital, setiap menu makanan arwah rekodkan, dan juga setiap tekanan darah yang diambil oleh misi (panggilan tokki saya pada jururawat) di hospital



bukan itu sahaja, segala aktivitinya...di mana arwah menanam pokok pisang, jenis pisang apa yang ditanam, tarikh pisang itu mengeluarkan jantung dan bila pisang itu dijangka berbuah, semuanya arwah rekodkan dengan baik (arwah juga punya peta yang melukiskan tempat tanaman pokok pisang, tetapi tidak dijumpai..)~ peristiwa ketika seorang ibu saudara saya meninggal kerana kanser juga beliau catatkan dengan teliti~



setiap kali saya membuka catatan diarinya, setiap kali itu juga ada rasa rindu pada arwah~ ada satu peristiwa antara saya dan arwah tokki yang saya tidak boleh kenangkan~ setiap kali saya kenangkan pasti air mata saya mengalir laju...



kalau arwah ke kedai kopi bersebelahan rumah saya, bermacam-macam benda yang dibawa di dalam poketnya. ada getah ikat, pisau lipat, tisu..senang katanya~ kalau mahu membuka plastik laksam (makanan di pantai timur) atau makanan yang diisi di dalam plastik boleh digunakan pisau lipat, setelah makan nasi lemak, akan diikat bungkusan nasi lemak itu dengan getah yang dibawanya agar tidak terbang merata-rata...


kini saya hanya punya seorang tokki untuk dijaga dengan baik, nenek-nenek semuanya telah meninggal ketika saya masih muda, moyang-moyang saya juga telah meninggal. ibu saya selalu berpesan..kita cuma ada seorang sahaja lagi orang tua untuk dijaga, cuma seorang sahaja...jika kita tidak dapat menjaganya dengan baik...alangkah, alangkah ruginya kita~ sepanjang saya hidup, saya selalu dikelilingi oleh orang-orang tua, dan kerana itu juga bila difikirkan kembali, hidup saya banyak dibentuk oleh kebersamaan saya dengan warga tua~


Kita tidak akan pernah tahu apakah nasib kita di hari tua. dan kita juga tidak akan pernah tahu apakah umur kita bisa sampai hingga hari tua~ kerana mati itu tidak mengenal usia dan tiada yang lebih pasti di dalam kehidupan kita melainkan semakin lama kita hidup semakin dekat kita dengan kematian...

Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, limpahkanlah rahmat-Mu kepada moyang-moyangku, datuk-datukku, nenek-nenekku, samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia dan terimalah amal mereka sebagai amal yang soleh dan Engkau redhai~

Dari-Mu kami datang, dan kepada-Mu jua tempat kami kembali~

p/s selepas ini mahu dihabiskan kisah kembara ke haramain sebelum berbicara sesuatu yang lebih serius. walau saya tahu blog saya ini tiada yang membacanya, diharap adik-adik saya yang 'bertebaran' akan mendapat sesuatu dari kak long nya =)





Sunday, October 11, 2009

Kak "Ghuso" ~(^-^)~



Rasa ingin berehat sebentar daripada berfikir masalah yang berat-berat~ =)





2 minggu lepas, ber 'ym' dengan isma yanti...isma yanti cakap dia mimpikan saya dengan ghuso..hehe..

saya tergelak-gelak sendiri~ terimbas memori cinta luka bersama ghuso @ van rusa yang menjadi kenderaan rasmi ketika di UIA Kuantan dulu...Baaaaaanyak memori pahit dan manis bersama rusa..

Kenapa kak ghuso? ini nama gelaran yang diberi oleh cik abe - cik abe klate semasa di kampus dahulu~ pernah ketika saya di cafe, seorang junior dari klate menunjukkan ke arah saya sambil
memperkenalkan saya kepada rakan-rakannya begini "haaaaaaa, ni la kak ghuso..." huhu. melekatlah gelaran kak ghuso pada diri ini. sehingga kawan-kawan saya juga memanggil saya dengan panggilan keramat itu~ =)

Semasa saya mula-mula membawa van rusa ke UIA, kawan-kawan saya selalu segan-segan untuk menumpang bersama~ hehe. Kelakar betul~ Mereka selalu mempersoalkan " mana la ada orang perempuan muda yang nak bawak rusa yang kemek dan bunyi seperti bas kat universiti pulak tu~"."dah lah tu, sama pulak dengan kenderaan rasmi bahagian keselamatan (@ pak guard) di UIA"..kami gelak beramai-ramai. Betapa malunya mereka sehinggakan jika mereka menumpang saya ke kelas mereka akan menundukkan diri masing-masing...kelihatannya seperti saya seorang yang memandu tanpa penumpang sedangkan realitinya ada beberapa orang di belakang~ hoho...apala korang ni~ =p

Bunyi rusa yang kuat seperti bunyi bas juga selalu sahaja menarik perhatian warga UIA Kuantan~ pernah sekali saya memberhentikan rusa untuk menumpangkan seorang pelajar Medic.. dia terkejut dan berkata "eh, ingatkan bas tadi!" Bukan itu sahaja, semasa kami berhenti di lampu isyarat di bandar kuantan juga kami pasti dikenali. Suatu hari ketika di lampu isyarat, kami mendengar bunyi bising-bising kereta di sebelah. terdengar satu suara berkata dengan penuh semangat "ish, ni budak UIA ni!"...sakit perut kami menahan gelak~
Semasa sedang menyiapkan projek tahun akhir saya dan isma yanti berpakat mahu menjayakan business delivery service! Kami sebenarnya mahu menambahkan duit poket~ Oleh kerana kami terpaksa melanjutkan sedikit pengajian beberapa bulan untuk sesi presentation dan menyiapkan thesis, kami tidak akan di sponsor oleh "mama dan papa angkat" masing-masing~ kami menampal iklan di setiap aras blok di Mahallah perempuan..isma yanti menggunakan nama samaran sebagai "Ros", saya mengekalkan nama sebenar...Disebabkan nama Ros itulah kami selalu sahaja tergelak setiap kali ada panggilan telefon meminta servis kami~ayyo... kami sangat sibuk ketika musim semester bermula dan ketika musim cuti bermula. Panggilan dan sms memenuhi hidup kami~ =p Alhamdulillah, walaupun pulangannya tidak lumayan, sekurang-kurangnya kami boleh mengisi minyak dan membeli tiket bas pulang ke kampung! =)

Van Wakaf
Di samping membuat delivery service, rusa juga melakukan kerja-kerja kebajikan.hehe. Sebagai contoh rusa selalu digunakan ketika ada program yang dijayakan di UIA. Iyela, untuk mengangkat barang-barang atau orang dalam kuantiti yang banyak daripada biasa~ Rusa tidak mengambil charge untuk kerja-kerja sebegini. Akhirnya rusa telah mendapat jolokan baru sebagai van wakaf~ hehe. (nasib baik tuan punya rusa tidak digelar "kak wakaf"). Teringat suatu hari ketika saya berhenti di tepi jalan untuk menumpangkan seorang junior, adik itu terus berkata tanpa ragu-ragu "ni la van wakaf tu ye....". saya senyum-senyum aje =).. disebabkan rusa ini jugalah kami mendapat ramai kawan baru. Owh, rusa juga selalu menjadi pilihan untuk bercanda di Pantai Teluk Cempedak beramai-ramai~ kuikui =)

Rusa dan Mangsa Banjir
Pada akhir tahun 2007 dan awal tahun 2008, kawasan sungai isap dan beberapa kawasan lain mengalami banjir yang teruk. air banjir mencecah sehingga ke bumbung! sekali lagi rusa menunjukkan tanduknya (yeah..) membantu mangsa banjir di penjara Penor~ wah, perjalanan dimulakan dengan perasaan berdebar-debar, hujan lebat di pertengahan jalan, sangat lebat! saya dan sukarelawan lain yang masing-masing baru dikenali meredah hujan lebat dengan penuh semangat..alhamdulillah, pipah menemani di sebelah~ sampai sahaja di dewan penjara Penor, kelihatan beberapa orang ahli politik sedang mengagihkan bantuan. ada van Maggi, van Nescafe~ saya telah mendapat tugas sebagai ketua di bahagian kanak-kanak (sebab saya yang paling tua, terpaksa jadi tok ketua..)

Petang itu kami mengiringi kanak-kanak makan malam, mengajar mereka membaca doa..setelah selesai makan malam, kami kembali ke dewan dan mengajak mereka solat berjemaah..ada juga yang degil tu..hehe. yang paling saya ingat ialah seorang budak perempuan berumur 11 tahun bernama Datin~ iye, namanya Datin...kesian, kakinya mengalami jangkitan akibat air banjir yang kotor. manis budaknya, pemalu dan pendiam~

Setelah selesai solat, ada bantuan pakaian yang sampai..banyak! tapi yang paling tidak tahan, ada juga baju yang seksi-seksi...hoho. skirt paras pinggul juga ada...segan rasanya ketika ingin mengagihkan pakaian-pakaian itu. Gembira setelah semua pakaian selesai diagihkan, tetapi kesian ada seorang adik perempuan dalam ligkungan umur 18 tahun tidak punya saiz baju untuknya~ huhu...

Kesimpulan yang dapat saya lihat ketika di pusat pemindahan banjir herm...apabila ditimpa kesusahan dan musibah, manusia cepat hilang 'diri'. Ada yang mengambil remeh soal solat dan juga aurat, nauzubillah~. Apabila diajak bersolat ada yang berat hati kerana katanya mereka susah hati~ herm..itulah tugas kita sebenarnya~ menyedarkan mereka yang dalam keadaan begitu, sementara kita di pihak yang beruntung~ sebab itulah Allah menjadikan ada yang susah dan ada yang senang..apabila kita saling bantu-membantu, tersebarlah kasih-sayang sesama kita...boleh dijadikan suatu 'modal' dakwah juga insyaAllah =)


Banyak lagi pengalaman bersama rusa~ hehe. hampir jatuh gaung, rusa mati di tengah-tengah simpang besar.. (yang ini kelakar! terima kasih sahabat-sahabatku!), rusa mati di tepi jalan sebab suhu tinggi..hehe. macam-macam lagi!
tetapi kenangan itulah yang berharga =)

Redhailah diriku dan ahli keluargaku di dunia dan akhirat...

p/s: owh isma yanti, tahun ini kami guna rusa untuk angkut durian dari kebun=)

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Wednesday, September 30, 2009

Ayat ini~

Ayat ini membuatkan saya bergenang-genang~ ada rasa yang menyusup ke dalam hati dan jiwa....

"Engkau Muhammad tidak akan mendapatkan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapanya, anaknya, saudaranya atau keluarganya. Mereka itulah orang-orang yang ada dalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang dari Dia. lalu dimasukkanNya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap limpahan rahmat-Nya. Merekalah golongan Allah. Ingatlah, sesungguhnya golongan Allah itulah yang beruntung"

(al-Mujaadilah:22)

Semoga kita semua menjadi golongan Allah

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Sunday, September 27, 2009

Kasih Sayang Allah itu Luas~

"Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan. Ya Allah, kurniakanlah bagiku pahala dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya"



* dipetik daripada kisah Ummu Salamah yang kematian suaminya. Doa ini telah diajar oleh Rasulullah setelah Abu Salamah meninggal dunia. Kemudian datanglah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab meminangnya tetapi Ummu Salamah menolaknya. Pada saat dirundung kesedihan atas suami yang benar-benar dicintainya serta belum mendapatkan orang yang lebih baik darinya, ia didatangi oleh Rasulullah saw dengan maksud menghiburnya dan meringankan apa yang dialaminya. Rasulullah berkata kepadanya, “Mintalah kepada Allah agar Dia memberimu pahala pada musibahmu serta menggantikan untukmu (suami) yang lebih baik.” Ummu Salamah bertanya, “Siapakah yang lebih baik daripada Abu Salamah, wahai Rasulullah?”
Kemudiannya, Ummu Salamah telah dipinang oleh Rasulullah saw. Maka, siapakah lagi yang lebih baik daripada Rasulullah kekasih Allah?



Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Akrab dengan ALLAH

Apa yang membuatkan saya begitu rindu pada Ramadhan?
Kedamaiannya, ketenangannya, keindahan hari siang dan malamnya~ semuanya membuatkan saya rindu...
Namun apa yang paling saya rindu ialah rasa akrab dengan Allah itu lebih terasa dalam bulan Ramadhan...bukan, saya bukan mahu menjadi hamba pada Ramadhan. Saya ini hamba Allah yang punya banyak kelemahan. Saya ingin menjadi manusia yang lebih baik dari sehari ke sehari dan menabur manfaat kepada manusia lain sehingga akhir hayat nanti insyaAllah~

Ya Allah, terimalah amalku di sepanjang Ramadhan
temukanlah aku dengan Ramadhan yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna dan jemputlah aku untuk menjadi tetamuMu di Haramain pada Ramadhan yang akan datang~


Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Sunday, September 13, 2009

Rindu yang penuh padat~

Jangan biarkan ia hilang sebelum ertinya benar-benar kita fahami dan rasai


Setiap kali saya melihat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di televisyen, setiap kali itu juga hati saya rasa sayu dan rindu. Walaupun ketika saya ke sana dahulu cuacanya panas, tetapi panas itulah yang dirindui,walaupun perjalanan ke kedua-dua masjid yang suci itu bahangnya sehingga menyentap ke muka, namun bahang itu juga yang dirindui....tidak terleraikan rasa rindu itu dari hati ini.


Ramadhan juga hampir tiba ke penghujungnya. Rasa sayu juga turut menyelubungi hati saya. Jika pada permulaan Ramadhan kadang-kadang saya senyum sendiri kerana rasa bahagia dan gembira dengan kehadirannya, akhir-akhir ini seringkali hati dan mata menitis-nitis kerana sedih akan pemergiannya. Juga ada rasa bimbang dan risau dengan bekalan taqwa hasil madrasah Ramadhan tahun ini...


Syukur saya panjatkan di atas nikmat Islam dan iman dari Allah. Hanya syukur sahaja yang mampu dan layak saya ucapkan. Semoga Allah tetapkan keimanan dan aqidah sehingga ke akhir hayat.


Saya pasti merindui Ramadhan dan saya benar-benar berharap rasa rindu itu akan sentiasa basah di dalam hati. Ya Allah, temukanlah diriku dengan ramadhan yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna.


~Kekasihku sudah mahu pulang~


Kekasihku sudah mahu pulang
Aku takut tinggal seorang
Tinggalkan dalam hatiku walau secebis pesan
Buat bekalan kala ku dilambung gelombang

Kekasihku sudah mahu pulang
Pasti nanti ku terbayang-bayang
Rindu ini tak bisa ku pendam
Apakah nanti kau kan kunjung datang?

Kekasihku sudah mahu pulang
Rugikah aku?
Untungkah aku?
Atau aku ini si celaka yang tidak mendapat pengampunan?

Kekasihku sudah mahu pulang
Tinggalkan diriku seorang
Moga tarbiyyah kali ini tertanam dalam-dalam
Agar nanti jika terkorek aku bisa mencari jalan pulang

Kekasihku sudah mahu pulang
Sayang seribu kali sayang
Ku pohon pada-Mu Tuhan
Moga akan datang aku masih diberi peluang

Kekasihku Ramadhan sudah mahu pulang
Tiba-tiba aku jadi sayang dan bimbang....
Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Saturday, September 5, 2009

Muhasabah Cinta Ramadhan

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Ramadhan telah melepasi pertengahannya dan saya masih diberi peluang untuk melalui hari-harinya..
Syukur yang tidak terhingga, tidak tahu bagaimana saya ingin meluahkannya..tapi sejak mengenal tarbiyyah setiap Ramadhan terasa lebih bermakna. Ada rasa gembira yang berlainan sehingga kadang-kadang saya senyum sendirian kerana rasa gembira itu.
Namun, dalam kegembiraan itu juga terbit rasa bimbang dan risau sejauh mana saya telah melalui Ramadhan kali ini. Janganlah Ramadhan ini yang terakhir kali kerana masih banyak yang belum saya tahu, masih banyak yang perlu saya perbaiki, masih banyak yang saya patut pelajari. solat, puasa, akhlak, silaturrahim..dan segalanya perlu saya perbaiki bagi menjadikan islam itu betul-betul sebagai cara hidup.

Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Ya Allah yang Maha Pengampun dan Penerima Taubat,
Ya Allah yang Memakbulkan doa,

Ampunilah dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa adik-adikku, dosa ahli keluargaku seluruhnya, dosa guru-guruku, dosa sahabat kedua ibu bapaku,dosa sahabat-sahabatku,dosa sahabat adik-adikku dan ahli keluarga mereka seluruhnya, dosa muslimin dan muslimat. Terimalah taubat kami, makbulkanlah doa kami, terimalah amal ibadah kami, jadikanlah amal ibadah yang terbaik ialah amal ibadah di penghujung hayat kami, peliharalah keimanan kami, ketaqwaan kami, cantikkanlah akhlak kami, jadikanlah zuriat keturunan kami sebagai hamba-hambaMu yang soleh dan solehah, penuhkanlah hati kami dengan rasa cinta padaMu dan kekasihMu Rasulullah, rindu padaMu dan kekasihMu Rasulullah, ketaqwaan padaMu, keimanan padaMu,kesyukuran di atas segala nikmatMu, ingatan padaMu pada setiap detik dan keadaan dan istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepadaMu. Ameen..

Semoga keluarnya saya dari Ramadhan kali ini mendapat keampunan daripada Allah, mendapat pembebasan daripada api neraka dan menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa.

Ya Allah, berilah kesempatan kepadaku untuk menjadi tetamuMu pada Ramadhan yang akan datang~

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Thursday, August 27, 2009

Berkorban apa sahaja

Pernah kita terfikir apa pengorbanan yang kita lakukan untuk segala nikmat, rahmat, dan kurniaan Allah pada kita?

Teringat semasa saya masih di UIA dulu, pernah mengikuti ceramah oleh Ust Maszlee Malik. Ust Maszlee ada memberitahu, jadikanlah qiyamullail itu sebagai pengorbanan kecil dari seorang hamba kepada Rabbnya...satu pengorbanan kecil setiap hari setelah kita menjalani kehidupan pada siangnya dan malamnya berjuang untuk bangun seketika ketika suasana sedang enak untuk tidur. Dan sesungguhnya pengorbanan itu amatlah kecil untuk dibandingkan dengan kurniaan Allah sehari-hari...

Mulakan perlahan-lahan..kalau ada rasa agak malas untuk solat, mulakan dengan bangun cuma untuk berdoa...
Kemudian cuba pula bangun untuk solat dua rakaat..
Begitulah seterusnya, sentiasa bertambah dan istiqamah...
dan rasakan nikmat qiyamullail itu, sentiasa memperbaharui niat untuk qiyamullail agar ia bukan sahaja menjadi rutin tetapi sebagai satu cara membina kekuatan iman dan taqwa...

Apa lagi, jom qiyam! =)

"dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah) tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu akan mengangkatmu ke tempat yang terpuji" (al-isra':80)
Nabi saw bersabda : "Tuhan Tabarak wata'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tinggal 1/3 akhir malam lalu Dia (Allah swt) berkata: 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan perkenankan doanya, siapa yang meminta hajat kepada-Ku, akan Ku tunaikan hajatnya, siapa yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan ampuninya' (Riwayat Muslim)

*pesanan berlebihan untuk diri sendiri~

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Sunday, August 23, 2009

Cinta Kasih Haramain (Bahagian 2)


Kami tiba di Dhaka pada waktu pagi. Kawasan ZIA International Airport dikelilingi paya. Kalau tidak silap, kami menunggu hampir 3 jam sebelum urusan pasport para jemaah selesai...Semua jemaah duduk bertebaran di atas lantai..


Sebaik urusan pasport selesai, kami dibawa menaiki van pendek. Jemaah kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Raaamai sangat rakyat Bangladesh di luar airport, ada yang berpegang pada pagar, ada budak-budak kecil yang meminta sedekah, ada remaja, ada seperti ibu-ibu muda yang sedang mendukung bayinya..ya Allah....begitu berbeza dengan Malaysia. Susahnya kehidupan mereka..Patutlah rakyat mereka berhijrah ke negara-negara lain....Pemandangan itu begitu mendidik jiwa, juga sebagai persiapan sebelum tiba ke haramain~ Syukur pada Allah atas nikmat yang sentiasa mengelilingi...Bandar Dhaka sangat sibuk dengan kenderaan yang ttidak tentu arahnya. Tiada lampu isyarat yang kelihatan, tiada tanda u-turn, simpang empat atau papan tanda yang lain seperti di Malaysia.


Setelah tiba di hotel, saya lihat hanya sebahagian jemaah sahaja yang bersama. Kemudiannya barulah saya dapat tahu jemaah kami terpisah di dua hotel yang berbeza atas masalah yang tidak dapat dielakkan.


Setelah berehat dan membersihkan diri , saya dan abah mengambil peluang untuk ke pasar yang paling dekat dengan hotel..Sepanjang perjalanan ke sana kami dapat melihat rumah-rumah di tepi lorong yang hanya dibina dengan buluh dan kain kanvas. Anak-anak kecil yang tidak berbaju sedang bermain dengan tanah dan air-air yang bertakung. Sungguh kasihan...tubuh badan mereka tidak bersih, tempat tinggal mereka juga, dan mereka adalah orang islam..itu adalah kenyataan yang paling menyedihkan...daripada apa yang saya perhatikan, mereka menggunakan sumber air dari telaga, dan satu telaga dikongsi dengan ramai orang, begitu juga dengan tandas...dan saya dapat lihat ada satu keluarga di hujung jalan yang mengetuk batu bata untuk dihancurkan. Ada juga muda-mudi yang menarah rumput untuk dijual. Pendek kata bangladeshi berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan...subhanallah..berat mata yang memandang dan terasa penat jiwa ini.


Macam-macam yang ada di pasar itu rupanya, di dalamnya ada kedai runcit, bahan dapur basah dan kering, kedai menjual pakaian, kasut, selipar dan macam-macam lagi...warga Bangladesh juga ramah-tamah dan kaya senyuman... Sedang kami berjalan-jalan tiba-tiba ada suara yang menegur "Assalamualaikum, dari Malaysia ke?" Wah....ada bangladeshi boleh cakap melayu....=)

Kagum sebentar~ Setelah berbual seketika dengan abah rupa-rupanya dia pernah bekerja selama 9 tahun di Malaysia (5 tahun di Shah Alam dan 4 tahun di Johor). menarik,menarik...owh, baru teringat.. sebelum makan tengahari, tokki telah mencampak beberapa keping duit kertas dari balkoni hotel. Dan beberapa orang ibu, ada yang mendukung anak telah memanjat tembok hotel untuk mengambil duit tersebut..huhu. sedihnya.. (suasana tersebut tidak dapat dirakam kerana tertinggal kamera di Malaysia)

picture courtesy of shahir ibrahim



Kami bertolak ke Jeddah pada malamnya lebih kurang pukul 11 malam. Disebabkan abah, tokki dan pak cik tiada beg untuk digunakan...barang-barang mereka semua disumbat ke dalam beg kertas yang akhirnya koyak di ZIA International Airport sebelum memasuki balai berlepas..hehe =) kelakar ada, kesian pun ada. Nasib ada orang kasi beg dia, tapi beg itu pun akhirnya koyak juga..ish,ish.. wah..tidak sabar untuk tiba di kota Makkah....=)

Tiba di kota Makkah...

Sunday, August 16, 2009

Puasa ini UntukKu~


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Allah swt berfirman: 'Semua amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku yang akan memberi ganjarannya' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu

Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku


Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudrat
MuIa membina rohaniku


Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan..
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajat by Rabbani

Malam sabtu yang lalu 14 Ogos 2009, saya bersama ibu dan ika ke masjid mengikuti ceramah sempena hadirnya Ramadhan Kareem…
Ceramah disampaikan ketika senggang waktu antara maghrib dan isya' oleh Ustaz Mahmud Mat yang selalu juga mendapat undangan di dalam program-program televisyen.

Sebaik Ustaz Mahmud menyebut tentang indahnya Ramadhan di haramain , tiba-tiba ada rasa rindu yang amat pada haramain.
Benarlah kata orang, tiada rindu pada sesebuah tempat melainkan hebatnya rindu pada haramain. Tiada tempat yang memaut hati dengan teguh melainkan haramain…
Ya Allah, moga saya masih diberi peluang untuk menjadi tetamuMu di haramain pada masa akan datang~

Isi ceramah malam itu seputar mengingatkan para jemaah tentang pentingnya tekad untuk merebut segala peluang yang terbuka luas sepanjang Ramadhan. Jangan disia-siakan walau sesaat pun.

Selain itu juga bulan Ramadhan diharapkan dapat menjadi medan untuk memperbaiki kehidupan berkeluarga, menjana keluarga bahagia yang dikelilingi rahmat dan kasih sayang Allah..

Antara isi-isi penting yang boleh dikongsi ialah~

Memperbaiki hubungan suami isteri

Bulan Ramadhan boleh dijadikan permulaan bagi memperbaiki mahupun memperelokkan hubungan suami isteri. Tidak bermaksud di sini bagi suami isteri yang mempunyai masalah, tetapi juga bagi suami isteri yang merasakan mereka berada dalam "zon selesa" perkahwinan. Ramadhan hendaklah diguna sebaiknya bagi memuhasabah diri , mengingatkan diri akan tanggungjawab yang belum terlaksana, kalaupun yang sudah terlaksana mungkin belum sempurna, yang cuai, yang culas, yang diambil ringan dan mudah. Sudahkah si suami berlemah-lembut dan membantu isterinya di rumah? Sudahkah si isteri meletakkan kecintaannya pada suami setelah Allah dan Rasulullah? Sudahkan masing-masing saling memberi dan menunaikan hak antara suami isteri? Mudah-mudahan proses pembaikan dan penjenamaan semula rumahtangga di sepanjang Ramadhan akan berkekalan sehingga ketemu Ramadhan akan datang, insyaAllah...

Menyedarkan diri akan tanggungjawab mendidik anak-anak

Anak-anak adalah amanah Allah yang paling berat dan berharga. Tetapi sejauh manakah para ibu bapa menyedari akan hakikat itu? Ramadhan juga "menjemput" ibu bapa untuk meneliti semula didikan mereka ke atas anak-anak. Sejauh manakah pencapaian kehidupan beragama anak-anak mereka sehingga hari ini. Solat mereka, akhlak mereka, kecintaan mereka pada Allah, Rasulullah, para sahabat, para ulama', kecintaan pada ilmu, kecenderungan untuk beramal soleh, kebencian pada mungkar, dan apa yang penting ialah sedalam mana mereka merasakan keimanan , ketaqwaan dan kehadiran Allah dalam kehidupan...sudahkah disuruh anak-anak menutup aurat dengan sempurna, membaca al-Quran juga memahami maknanya dengan hati nurani, dan bersolat jemaah? gunalah Ramadhan kali ini untuk berusaha, berdoa bersungguh-sungguh bagi mengubah apa yang perlu diubah, memperelokkan apa yang tidak elok, dan mencantikkan apa yang telah elok, dan menghias kecantikan dengan kesempurnaan dalam diri anak-anak.

Hanya ini yang mampu saya kongsi. Tazkirah yang pendek namun mendalam dan memberi kesan..kenapa institusi keluarga yang ditekankan? Kerana daripada keluargalah akan keluar ahli-ahlinya ke medan juang, ahli-ahli daripada keluarga lah yang akan masuk ke dalam masyarakat untuk membina masyarakat yang meletakkan Allah dan Rasulullah pada tempat pertama...

Ramadhan bulan rahmat

Ramadhan bulan keampunan

Ramadhan bulan pembebasan daripada api neraka



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Wallahu'alam. Yang kurang itu dari diri sendiri~

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~