Seringkali saya berpesan pada diri sendiri untuk beriman dalam keadaan sedar. Supaya saya sentiasa peka akan sekeping hati yang ada di dalam diri. Hati yang perlu dibelai dengan cinta kasih Allah dan rasulNya, hati yang perlu dipenuh padatkan dengan iman dan taqwa, hati yang perlu ada percikan ceria dan bahagia demi diri sendiri dan orang lain. Kerapkali sungguh saya terlupa, mujur saja Allah masih berikan kesedaran itu pada saya.
Dan dalam pada saya mengingatkan diri sendiri itu, saya juga perlu menanamkan keimanan, keyakinan dan kepercayaan yang jitu bahawa Allah itu maha segalanya...dengan 99 nama Allah saya harus yakin, seyakin-yakinnya tanpa sedikit pun ada rasa ragu bahawa saya ini cuma seorang hamba....saya risau akan solat yang tidak sempurna, saya gelisah jika muamalat tidak terjaga, saya enggan menjadi anak derhaka...
Dan sebagai hamba juga, saya harus sedar yang saya berhak untuk menerima apa sahaja bentuk ujian dan dugaan daripada Allah...
Dengan semakin hampirnya Ramadhan, bertekadlah dalam hati untuk menjadi tetamu Allah yang terbaik, yang paling istimewa, yang paling beruntung.
Kerana mungkin inilah Ramadhan kita buat yang terakhir kali....
~Hidup ini amat singkat untuk kita bersalah bantah dengan ketentuan Allah~
Yakinlah wahai diriku...
Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~
No comments:
Post a Comment