Friday, July 31, 2009

Cinta Kasih Haramain


Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang. Hanya pada diriMu ingin ku nyatakan cinta







Bersyukur saya atas segala nikmat kurniaan Allah, yang dengan kebesaranNya dan keagunganNya dapat saya menjejak kaki ke dua tanah suci ; makkah al-mukarramah dan madinah al-munawwarah. Rancangan yang pada mulanya untuk pergi pada bulan Mac mengikuti pakej Bahrul Mazi bersama nenek saudara, tertunda atas sebab-sebab tertentu. Walau mulanya rasa sedikit sedih kerana memang betul-betul berharap untuk pergi pada bulan Mac itu, namun perancangan Allah itu lebih indah….



Kami (saya, ibu, abah, tokki, dan pak cik) bertolak pada 1jun 2009 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud , pada pukul 9 malam. Pada pagi hari tersebut, saya masih lagi ke tempat kerja kerana mendapat panggilan pada malamnya bagi satu sesi fotografi yang akhirnya dibatalkan sebaik sahaja saya tiba di pejabat..hehe =)



Minggu sebelum itu sangat sibuk sehinggakan tiada barang-barang atau pakaian yang disiapkan secara teratur. Cumanya, bersiap sedia dengan bacaan-bacaan sebagai bekal ilmu ke sana. Malam itu setelah perjalanan mengambil masa selama 45 minit, kami tiba di LCCT dan menunggu bas dengan agak lama sebelum tiba di KLIA sekitar pukul 12 malam. Sebaik tiba di KLIA ibu dan bapa saudara saya bersama anak dan menantunya telah siap menunggu kami. Kami mencari-cari jemaah yang mengikuti pakej Harmony namun tidak kelihatan. Yang kelihatan cuma Imtiyaz, Jafila, dan beberapa jemaah yang lain (dah lupa sebab mengantuk sangat masa tu). Tanpa berlengah saya terus sahaja mencari kerusi untuk lelap sebentar. Saya memang susah menahan mata kalau sudah mengantuk. Dan Alhamdulillah, Allah kurniakan saya dengan nikmat sangat senang untuk tidur.di mana-mana...




Di KLIA



Setelah dua tiga kali berpindah tempat dan dua tiga kali juga saya gosok gigi kerana dua tiga kali tidur dan jaga, kami dipanggil untuk berkumpul. Semasa taklimat diberi tiba-tiba abah saya terkejut…
“Eh, tadi abah dah masuk semua beg dalam bagasi. Kita akan dapat beg kat Jeddah ke Dhaka?”
Saya terpinga-pinga kerana tidur dari tadi. Abah terus bertanyakan wakil dari Harmony. Dan……….beg kami akan terus sampai ke Jeddah bukan di tempat transit kami iaitu Dhaka. Sudahnya, kami cuma sehelai sepinggang kecuali saya yang membawa sedikit persalinan dalam beg sandang….rasa kasihan pada ibu, abah, tokki, dan pak cik. Lagi-lagi yang lelaki kerana kain ihram semuanya dalam beg. Semuanya kerana salah faham..=)



Tapi saya gelak sendiri dan mencuit tokki saya “tokki, tokki kata pergi Mekah macam pergi Bukit Payung je, tak yah bawak baju banyak-banyak. Sekarang betul-betul macam pergi Bukit Payung sebab yang ada cuma baju pada badan, hehe" Tokki saya ikut gelak sekali. Teringat saya beberapa hari sebelum kami bertolak, saya bertanya pada tokki, baju mana yang mahu dibawa untuk dimasukkan dalam beg,tokki cakap “tak perlu bawa banyak-banyak , macam nak pergi Bukit Payung je” (Bukit Payung adalah pekan yang paling dekat dengan rumah saya).



Selepas selesai taklimat, kami bergerak ke departure hall dan menunggu agak lama sebelum bertolak untuk transit di Dhaka menaiki pesawat Biman airlines yang memang suka delay tapi banyak hikmah dan pengajaran yang diperolehi..alhamdulillah...=)




Transit di Dhaka...............





No comments:

Post a Comment