Friday, July 31, 2009

Cinta Kasih Haramain


Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang. Hanya pada diriMu ingin ku nyatakan cinta







Bersyukur saya atas segala nikmat kurniaan Allah, yang dengan kebesaranNya dan keagunganNya dapat saya menjejak kaki ke dua tanah suci ; makkah al-mukarramah dan madinah al-munawwarah. Rancangan yang pada mulanya untuk pergi pada bulan Mac mengikuti pakej Bahrul Mazi bersama nenek saudara, tertunda atas sebab-sebab tertentu. Walau mulanya rasa sedikit sedih kerana memang betul-betul berharap untuk pergi pada bulan Mac itu, namun perancangan Allah itu lebih indah….



Kami (saya, ibu, abah, tokki, dan pak cik) bertolak pada 1jun 2009 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud , pada pukul 9 malam. Pada pagi hari tersebut, saya masih lagi ke tempat kerja kerana mendapat panggilan pada malamnya bagi satu sesi fotografi yang akhirnya dibatalkan sebaik sahaja saya tiba di pejabat..hehe =)



Minggu sebelum itu sangat sibuk sehinggakan tiada barang-barang atau pakaian yang disiapkan secara teratur. Cumanya, bersiap sedia dengan bacaan-bacaan sebagai bekal ilmu ke sana. Malam itu setelah perjalanan mengambil masa selama 45 minit, kami tiba di LCCT dan menunggu bas dengan agak lama sebelum tiba di KLIA sekitar pukul 12 malam. Sebaik tiba di KLIA ibu dan bapa saudara saya bersama anak dan menantunya telah siap menunggu kami. Kami mencari-cari jemaah yang mengikuti pakej Harmony namun tidak kelihatan. Yang kelihatan cuma Imtiyaz, Jafila, dan beberapa jemaah yang lain (dah lupa sebab mengantuk sangat masa tu). Tanpa berlengah saya terus sahaja mencari kerusi untuk lelap sebentar. Saya memang susah menahan mata kalau sudah mengantuk. Dan Alhamdulillah, Allah kurniakan saya dengan nikmat sangat senang untuk tidur.di mana-mana...




Di KLIA



Setelah dua tiga kali berpindah tempat dan dua tiga kali juga saya gosok gigi kerana dua tiga kali tidur dan jaga, kami dipanggil untuk berkumpul. Semasa taklimat diberi tiba-tiba abah saya terkejut…
“Eh, tadi abah dah masuk semua beg dalam bagasi. Kita akan dapat beg kat Jeddah ke Dhaka?”
Saya terpinga-pinga kerana tidur dari tadi. Abah terus bertanyakan wakil dari Harmony. Dan……….beg kami akan terus sampai ke Jeddah bukan di tempat transit kami iaitu Dhaka. Sudahnya, kami cuma sehelai sepinggang kecuali saya yang membawa sedikit persalinan dalam beg sandang….rasa kasihan pada ibu, abah, tokki, dan pak cik. Lagi-lagi yang lelaki kerana kain ihram semuanya dalam beg. Semuanya kerana salah faham..=)



Tapi saya gelak sendiri dan mencuit tokki saya “tokki, tokki kata pergi Mekah macam pergi Bukit Payung je, tak yah bawak baju banyak-banyak. Sekarang betul-betul macam pergi Bukit Payung sebab yang ada cuma baju pada badan, hehe" Tokki saya ikut gelak sekali. Teringat saya beberapa hari sebelum kami bertolak, saya bertanya pada tokki, baju mana yang mahu dibawa untuk dimasukkan dalam beg,tokki cakap “tak perlu bawa banyak-banyak , macam nak pergi Bukit Payung je” (Bukit Payung adalah pekan yang paling dekat dengan rumah saya).



Selepas selesai taklimat, kami bergerak ke departure hall dan menunggu agak lama sebelum bertolak untuk transit di Dhaka menaiki pesawat Biman airlines yang memang suka delay tapi banyak hikmah dan pengajaran yang diperolehi..alhamdulillah...=)




Transit di Dhaka...............





Tuesday, July 28, 2009

Menghitung Hari

Hari ini 28 Julai 2009,bersamaan 6 Syaaban 1430 Hijriyah...saya berumur 25 tahun. Bermakna, lagi 5 tahun umur saya 30 tahun...



Sebaik sahaja pulang dari kerja semalam, adik saya zulaikha (adik saya yang keempat) yang baru pulang dari Mesir terus sahaja bercerita tentang kejadian tengahari itu.



"kak long, nak tahu..tengahari tadi tiba-tiba kak tin (adik saya yang kedua) jerit-jerit sambil menyebut ika, kak long dah mati" terkejut ika. rupa-rupanya kucing kak long tu yang mati"


Ika bercerita sambil tergelak kecil.




Terbayang muka kucing yang adik-adik saya namakan kak long atau nowol itu. Adik-adik saya kata kucing itu macam saya."slow" dan kudus macam saya..=)



Hari ini saya makin tua, makin jauh meninggalkan kehidupan, makin dekat menghampiri kematian. Bagaimanakah saya menjalani kehidupan saya selama 25 tahun ini?

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku,hanyalah demi Allah sekalian alam.



"Betapa ramai anak muda yang bergembira siang dan malam, sedangkan kain kapannya telah siap ditenun untuk digunakan bila tiba waktunya" {pepatah arab}


Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Wednesday, July 22, 2009

Meneruskan Kesinambungan Hidup

Ini musim durian dan manggis...suatu hari saya bertanya pada abah...

"abah, kenapa manggis ni, mesti ada jugak ulas besar yang terselit di celah ulas-ulas yang kecil? mesti ada juga satu yang besar. tidak terjumpa rasanya semua ulasnya kecil-kecil..."

abah kata" ulas yang besar itulah untuk manggis meneruskan kesinambungan hidup..."

Saya terdiam sebentar. Apa yang saya pelihara dan pulihara bagi meneruskan kesinambungan hidup? Sejauh manakah saya yang sekarang ini?

......dan cerita itu saya baca berulang kali bagi mengingatkan diri sendiri agar tiada yang memenuhi ruang hati melebihi cinta dan kasih saya pada Allah dan Rasulullah........

Ya Allah peliharalah hati hambaMu