Teringin merendam kaki ke dalam air laut atau air sungai yang jernih dan menyejukkan
Teringin menyelimuti kaki dengan pasir pantai yang halus dan putih bersih
Teringin menghirup udara segar dan nyaman di tepi laut atau barangkali di dalam hutan
Teringin berbaring di atas pasir pantai memandang langit malam yang dihiasi bintang-bintang berkelipan,
bulan pula memandang sambil melemparkan senyuman
Teringin mendukung anak kecil dan mencium baunya yang mendamaikan
Ya Allah, aku teringin~
* sebenarnya kerja banyak amat. rasa nak guling-guling aje.mata pun dah naik juling...huhu.dan sungguh, tak tipu memang betul-betul rasa nak muntah. kepada adik-adik yang masih di universiti bukan senang tau nak dapat pengiktirafan sesuatu course tu. banyak kerja kena buat. hargailah mereka-mereka yang di belakang tabir ni...hehe.
belajar rajin-rajin, sungguh-sungguh,jaga solat, jaga akhlak elok-elok. jaga Allah, Allah jaga kita..(banyak membebel ni..)
Wallahu'alam
Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~
Salam Nurul.. (^_^)
ReplyDeleteNurul senyap2 je ada blog ye. Tapi takpe, akak da jumpa ni bley la singgah selalu..
Pasal teringin tu, akak tengah usahakan.. Insyaallah, bulan 10 ni jadi la kut nak rendam kaki dalam air laut ke, pasir putih ke.. ;p
ps: Safura sangat suka syair 'bunga mabuk cinta', siap letak dalam facebook lagi! Thanks ya nurul..
Salam kak sofie (^o^)
ReplyDeleteTak sabar nak cuti~ huhu. (macam la kerja byk sangat~) hihi
syair yang tu saya dengar masa tengok national geographic! hehe.
masa tu national geographic cerita pasal keindahan alam yang berubah-ubah mengikut musim..haiwan, tumbuhan~ rasanya ada lagi sambungan syair tu..