Wednesday, March 31, 2010

I am A Khalifah of Allah =)



Kursus Perkahwinan kali Kedua

Selaut syukur saya limpahkan kerana akhirnya diizinkan Allah mengikuti program Khalifah! Setelah bertahun menyimpan impian sejak dari UIA Gombak , akhirnya saya berpeluang bukan sahaja menjadi peserta tetapi juga pembantu kepada Dr. Alini. =) Saya mula jatuh hati pada  Khalifah Institute di Islamic Festival ketika masih di UIA Gombak dahulu. Buku pertama yang  menjadi buah tangan saya ialah “Shaping Excellent Character” yang menjelaskan kaedah-kaedah pembentukan keperibadian cemerlang di dalam diri anak-anak melalui penekanan bahawa setiap orang adalah Khalifah Allah yang istimewa. Bagi para remaja pula boleh mencuba membaca buku karangan arwah Prof. Muhammad al-Mahdi yang bertajuk “Getting Serious about Boy-Girl Relationships in Islam”. Buku ini sangat mendidik dan menyentuh hati, ibarat kita sedang mendengar nasihat oleh ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang. Cubalah membacanya para remaja! ;) Oh, adik-adik saya juga belum membacanya. hihi…


 Haa...jangan jadi macam ni ya adik-adik sekalian


Hampir-hampir saya memberitahu Dr. Alini tentang cita-cita saya yang terpendam tetapi kerana Dr. Alini selalu berada di samping suaminya yang juga merupakan “Big Boss” saya, hasrat itu saya pendamkan sahaja. Jadual program yang padat juga tidak memungkinkan saya untuk berborak panjang dengan Dr. Alini. Menghadiri program ini seolah-olah menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan buat kali kedua dengan nilai tambah ilmu yang tinggi. Namun jika sekadar punya PENGETAHUAN tetapi TIDAK MAHU BERUSAHA UNTUK MENGAMALKANNYA , ianya seperti debu yang ditiup angin. Tidak meninggalkan bekas, dan hanya membiarkan diri dibawa angin tanpa tahu arah tujuannya.. Jom sama-sama kita berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari =) Perlu diingat ini hanyalah kaedah yang asas di dalam mendidik anak-anak tanpa mengenepikan kaedah-kaedah yang lain. Ianya satu kaedah yang senang tetapi cuma kita yang mungkin belum menyedarinya.



Khalifah Method dimulakan dengan worldview yang cukup cantik iaitu “Everybody has potential to become the best that we can become!”. Kaedah ini menekankan bahawa seorang khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar kepada diri sendiri, masyarakat serta alam sekitar.



Permata Jiwa Raga

Semua ibu bapa pasti ingin mendidik anak-anak mereka untuk menjadi anak yang baik kan? Yang senang dipandang mata, yang tenang membelai jiwa... Maksudnya, ilmu itu sentiasa perlu dicari dan diamalkan juga! Terdapat dua syarat asas untuk melaksanakannya....


  1. Ibu bapa perlu mengetahui dan memahami bagaimana karakter dan personaliti seseorang anak itu dibentuk. 

  2. Ibu bapa adalah orang yang terlebih dahulu perlu memiliki ciri-ciri yang baik iaitu “Islamic Character” sebagai modal yang paling mahal untuk mendidik anak-anak. Semua juga mengetahui bahawa pendidikan melalui teladan itulah yang terbaik, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw kita yang tercinta. =) Justeru apabila ibu bapa sudah mempunyai ciri-ciri ini, lebih mudah untuk membentuk anak-anak menjadi permata yang berharga bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat sana. InsyaAllah..


“A child is like an uncut diamond. The parent’s responsibility is to cut, shape and polish their child’s soul until it becomes a glitteringly beautiful jewel, pleasing to the eye of Allah.”
{Imam Al-Ghazali}


Bagi anak-anak pula, cintailah ibu bapa kita kerana mereka terlebih dahulu  mencintai kita sebelum lahirnya kita ke dunia...

InsyaAllah, siri khalifah ini akan bersambung lagi di lain masa. Semoga dapat berkongsi sesuatu yang bermakna.. =) 


Wallahu'alam


Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~ 

Wednesday, March 10, 2010

Tiupan Rindu

credit to kak wi

Rindu yang teramat pada tanah suci sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ya Allah, jemputlah hambaMu ini untuk menjadi tetamuMu yang paling istimewa...

Ya Allah janganlah Engkau timbulkan sedikitpun keraguan dalam hatiku atas segala ketentuanMu, walau sedikit pun Ya Allah, walau sedikitpun keraguan di dalam hatiku. Kembalikanlah aku padaMu Ya Allah dalam keadaan Engkau redha padaku dan aku pula redha padaMu..Doa inilah yang sering diulang-ulang ketika sedang bertawaf dahulu. Ya Allah, aku rindu sekali pada tanah suciMu~

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~

Monday, March 1, 2010

Dah Kurang~


Ika dah balik Cairo, lela dah balik UUM..waaa..dah kurang ahli kat rumah..sunyi sikit rasanya

kurang jugak ahli solat jemaah
kurang ahli nak dengar tazkirah @ kak long membebel..hehe
kurang ahli nak tasmi' sama-sama
kurang dah orang nak cakap " kak long! jangan jadi macam budok-budok! kak long tua doh..26 doh umur!.. dan kak long akan jawab " sebab tu la kak long awet muda!" adik-adik, sila terima kenyataan yang benar tapi pahit ni ye..=p
kurang ahli kat meja makan..kuikui. so, kurang jugak orang nak berebut kepak ayam! hoho
kurang ahli kat bilik tidur..terpaksalah kak long tidur ngan mashimaro dan patrick je. huhu (tapi, kurang la cadar yang kak long kena tegangkan! hihi) dan kurang la baju lela yang kak long dan ika kena kutip! ;)
kurang la orang yang kak long kena kejut tidur pagi-pagi~ ish, ish..
kurang jugak ahli nak berlakon jadi ana althafunnisa dan abdullah khairul azzam..hihi. 'Mas, namanya siapa?...Abdullah!"
pastu kurang jugak ahli kelab berangan "apa jadi bila masing-masing dah ada family nanti.."
pastu ika nak tau..lepas ika balik Cairo, adik dah tak tanya dah.. " sapa yang guna sikat akim pastu dop buang rambut nih!"
pastu bila lela tak de, kak tin jadi big boss..sebab kak tin takut ke lela je..hihi
pastu kurang jugak orang cakap.."kak long cuba gok duk diam kejap...gi mari, gi mari...berkemas sokmo..." tapi kak long tahu dalam hati tu, suka sebab awak semua tak yah nak kemas rumah..hihi (kak long akan kurangkan skit obses ni..bahaya jugak penyakit suka berkemas. serabut je orang tengok)


Walau apapun kurang yang kita ada sekarang... kita mesti berusaha sungguh-sungguh supaya ahli kita tidak berkurang di syurga nanti..Letakkan Allah dan Rasulullah pada tempat pertama. Jangan pernah putus asa untuk berubah ke arah kebaikan. Kasih sayang Allah sentiasa luas untuk kita semua...

credit to fiveprime.org

owh...bila lagi ya kita nak berkumpul ramai-ramai macam ducklings yang comel-comel ni~


lela dan ika, jangan lupa kirim salam kat kawan-kawan semua..daripada kak long yang comel =)