Monday, May 31, 2010

Live from Mavi Marmara

Ikuti perkembangan LifeLine4Gaza

http://www.livestream.com/insaniyardim/
http://lambaian-islah.blogspot.com/

Tunjukkan sokongan kita semua! berdoa dan terus berdoa..
Allahuakbar!

Sunday, May 9, 2010

Daya Tarik Wanita

sumber http://maholic.wordpress.com/2010/04/05/daya-tarik-wanita/#more-1268

April 5, 2010 in Catatan si Marina, marisharing
Marina, 4 April 2010



“Arrijaalu qawwaamuuna ‘alan-nisaa`“
“Laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita“



Dan setiap pemimpin akan diminta pertanggung jawabannya atas apa yg dipimpinnya
berjalan-jalan di ranah maya
menemukan ‘nasihat’ seperti ini
bersumber dari Ummu Rafid



4 golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka;



PERTAMA:

Ayah-nya
Apabila seorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat…seorang Ayah tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan di tarik oleh anaknya ke neraka.



KEDUA:

Suami-nya
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk istrinya.

Bergaul bebas di tempat kerja, berhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri…walaupun dia seorang alim(shalat tidak di tunda, puasa tidak di tinggal)maka dia akan di tarik oleh isterinya ke neraka.



KETIGA:

para Abang-nya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh pada abang-abangnya…jikalau mereka hanya mementingkan berkeluarga saja dan adik perempuannya di biarkan melenceng dari ajaran ISLAM…tunggulah tarikan adiknya di akhirat ke neraka.



KEEMPAT:

Anak lelaki-nya

Apabila seorang anak tidak menasehati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan di mintai pertanggung jawaban di akhirat kelak…nantilah tarikan ibunya
Betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia bahkan di akhirat tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang semoga dapat memainkan peranan yang sebenarnya, karena akan ALLAH minta tanggung jawab atas kalian semua.



Wahai wanita, kasihanilah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…
kasihanilah diri kamu sendiri dengan menjalankan perintah ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala



Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nuur : 30)


Katakanlah kepada wanita yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, ……..” (An-Nuur: 31)



Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:

“Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)



.
P/S: dik chik, kak long dop dang lagi nok upload gambar 'tailong and the gang'. bila kak long upload kekgi ka long kabo eh....=)






.

Tuesday, April 20, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN =)


Selamat Ulangtahun yang ke-27 buat ibu dan abah tercinta
Terima kasih buat segala-galanya,
Terima kasih yang tidak terhingga,
Terima kasih yang tidak terucapkan,
 Semoga bahagia di dunia juga di akhirat sana,
Semoga kita tetap bersama-sama hingga di akhirat sana,
Semoga Allah merahmati ibu dan abah pada setiap ketika,
menghilangkan lelah, melenyapkan duka, menghadirkan damai dan bahagia
walau apa jua yang tiba..
Kita cuma keluarga yang biasa-biasa, punya kekurangannya,
Sama-sama lah kita bergabung jiwa mengumpul usaha mencari cinta Allah yang Esa..

Selamat Ulangtahun daripada anakanda-anakanda yang sentiasa mendoakan ibu dan abah walau di mana sahaja kami berada...


Wednesday, April 14, 2010

Cahaya Yang Tidak Pernah Hilang

Membaca Putera Lembah Bakkah dirasakan seperti benar-benar berada pada zaman baginda Rasulullah saw...

Kenangan di Madinah al-Munawwarah

Pandangan mata saya kecilkan tanda mengalah pada cuaca panas hari itu. Bahang pula dibawa angin menyelimuti seluruh anggota badan. Jika sejuk sering diumpamakan sehingga sampai ke tulang, bahang panas hari itu seolah-olah tiada umpamanya. Kelompok manusia pelbagai warna dan bangsa memenuhi dataran di hadapan Masjid Nabawi. Semuanya baru sahaja melepasi situasi berdesak-desakan di hadapan pintu masjid yang indah itu. Saya berjalan perlahan-lahan sambil mengamati suasana hari itu…walau apa sahaja cuacanya tiada yang tidak tenang jiwanya berada di sini lebih-lebih lagi tatkala mengingatkan Rasulullah yang dikasihi pernah hidup di sini, berjuang di sini, menyebarkan kasih-sayang di sini…Tidak tergambarkan betapa gembiranya kaum Ansar menyambut ketibaan “bulan purnama” kecintaan Allah Rabbul Izzati. Seperti tiada apa lagi yang diharapkan dengan kebersamaan Rasulullah SAW di sisi.

Dari jauh, saya melihat seorang anak lelaki kecil berbaju biru muda dan berseluar coklat muda sedang melutut di dalam sebuah kedai menjual kitab-kitab dan al-Quran. Saya dan ayah singgah sebentar di kedai itu. Sedang menyusun kitab-kita di atas almari rupanya anak lelaki tadi, patutlah tertunduk-tunduk sahaja. Badannya masih kecil tetapi sudah pandai menolong ayah di kedai. Kagum sungguh saya melihat kesungguhannya. Saya cuba merapatkan diri, dia pula mengelak seperti tidak selesa.

“ Berapa umurmu?” saya bertanya perlahan.

Dia mengerutkan dahi. “Tiga!”

“Tiga?” saya bertanya kembali, terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut kecilnya. Saya jangka umurnya dalam lingkungan 6 tahun. Saiz anak Arab lebih besar barangkali…

Dia mengangguk kuat, seperti mahu meredakan rasa terkejut saya. Harap-harap betul jawapannya, dan lebih tinggi lagi harapannya semoga betul soalan yang saya tanyakan itu! =)

Mengetahui yang umurnya cuma tiga tahun mengikut jawapannya, saya memberanikan diri menggosok belakangnya, tetapi dia semakin menjauh sambil memandang tepat pada ayahnya. Kecut perut saya dibuatnya, walaupun kalau diikutkan hati ingin sahaja saya memeluk anak itu dan mencium pipinya. Teringat pada anak-anak kecil yang saya temui di Masjidil Haram sebelumnya, ‘Abdullah, Hamzah, dan Fatma, semuanya senang dan sedia didekati.

Ya Rasulullah, aku berada hampir denganmu, apakah hatiku juga begitu...


Tanggungjawab kepada Rasulullah


Mengimaninya: Kita wajib beriman bahawa Muhammad bin 'Abdullah adalah nabi dan pesuruh Allah, utusan-Nya, hamba-Nya, dan pilihan-Nya. Baginda seorang yang maksum dan tidak pernah sedikitpun menyekutukan ALlah. Kita beriman bahawa baginda adalah nabi yang terakhir dan tidak ada lagi kenabian selepas Nabi Muhammad. Baginda adalah pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa, pemimpin yang menjadi teladan dalam segenap tingkah lakunya dan hanya baginda yang wajib diteladani.

Mencintainya: Cinta kepada Rasul itu adalah di tempat kedua setelah cinta yang tulus kepada Allah. Kita wajib mendahulukan kecintaan kepada Nabi Muhammad berbanding kecintaan kepada diri sendiri, ibu bapa, anak-anak dan ahli keluarga. Rasa cinta yang teguh kepada baginda Rasul inilah yang membuatkan para sahabat rela berkorban jiwa dan raga demi Rasulullah saw. Menurut hadis riwayat Muttafaqun 'alaih oleh Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah beriman seseorang itu sehingga ia menjadikan diriku sebagai yang paling ia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia"
Mengamalkan Sunnahnya: Islam adalah agama sepurna yang dibawakan oleh Rasulullah. Segala ibadah sunnah hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan bagi mencari keredhaan Allah dan menghidupkan sunnah Rasulullah. Seseorang itu akan bersama dengan siapa yang ia cintai. Dalam hadis yang berasal daripada Anas bin Malik dikatakan seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad saw " Bila tibanya hari kiamat wahai Rasulullah?" Nabi Muhammad kemudian menjawab "Apakah yang kamu sudah siapkan untuknya?" Orang itu kembali membalas "Aku tidak banyak mempersiapkan solat, zakat , puasa, dan sedekah untuk itu. Tetapi aku mencintai Allah dan Rasulnya" Nabi Muhammad menjawab "Sesungguhnya kamu bersama dengan siapa yang kamu cintai"

(dipetik daripada buku Jadi Seperti Muhammad, karya AA GYM dengan sedikit ubahsuai)

Justeru, jika kita ingin mengambil seseorang sebagai contoh tauladan, Nabi Muhammad adalah orangnya. Tiada lagi manusia yang paling mulia yang pernah diciptakan oleh Allah untuk kita teladani. Siapakah Muhammad di hati kita? Jadilah seperti Muhammad, amalkanlah sunnahnya, kasihilah dan cintailah baginda...

Naskhah Putera Lembah Bakkah saya peluk erat buat menemani mimpi di malam hari. Ada air yang mengalir membasahi pipi. Apakah aku akan bersama denganmu Ya Rasulullah di syurga nanti...Wahai Rasulullah, sesungguhnya cahayamu tidak akan pernah hilang....



Wallahu'alam

Ya Allah, peliharalah hati hambaMu~


* lain orang, lain ujiannya. lain ujian, lain penyelesaiannya, tetapi kita semua punya tempat pergantungan yang sama. DIA lah Allah yang Maha Kuasa